22 Mac 2010

Jawapan kepada persoalan khilafiah yang di kaitkan dengan bid'ah

Tawassul Dengan Nama-Nama Allah dan Amalan Soleh

soalan:
Apakah jenis tawassul yang dibolehkan tanpa ada khilaf dikalangan ulama?

Jawapan:
1. Bertawassul dengan nama-nama Allah (Al Asma al-Husna) dan sifat-sifatNYA: seperti engkau berdoa: "Aku memohon dengan RahmatMu, atau dengan kemurahanMu, dan dengan kasih-sayangMu atau sebagainya.
2. dengan amalan yang soleh: seperti engkau sebut " aku memohon dengan berkat solatku, atau sedekah ku, atau dengan berkat ikhlasku...atau sebagainya....

Tasawuff (Zikir)

Bagi permulaan posting mengenai Agama Islam di sini aku bawakan kepada saudara-saudara ku syarah Alhikam dari Ibnu Al-Ataiyyah.: Hikmah ke 47 berkata Ibnu Ataiyyah di dalam kitabnya

" Jangan meninggalkan zikir, kerana engkau belum selalu ingat kepada Allah semasa waktu zikir, sebab kelalaian kamu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya daripada kelalaian kamu terhadap Allah ketika kamu berzikir. Semoga Allah menaikkan darjat kamu daripada zikir dengan kelalaian, kepada zikir yang disertai ingat (sedar) terhadap Allah, kemudian naik pula dari zikir dengan kesedaran ingat, kepada zikir yang disertai rasa hadir dan dari zikir yang disertai dengan hadir kepada Allah hingga lupa terhadap segala sesuatu selain Allah. dan yang demikian itu bagi Allah tidak sukar"

12 Mac 2010

setelah di fikir-fikir blog ini aku tak mahu hanya menceritakan aktiviti2 di sekolah aku aje nanti terhad kat situ aje...aku ingat nak jadikan blog ini tempat soal jawab agama nanti rajin2 la korang jenguk kat sini...cuma aku malas nak tukar namanya sahaja kurang2 ianya menjadi kenangan