27 April 2010

mencium tangan ulama dan orang soleh

soalan: Apakah hukum mencium tangan para ulama dan orang soleh? adakah dia suatu yg bidaah atau ia dianjurkan oleh syarak?

Jawapan:
mencium tangan ulama, org-org soleh dan pemimpin yg adil adalah sunat, dan bukannya sesuatu yg bidaah sepertimana yg didakwa oleh sebahagian umat Islam selagi mana ia tidak menyebabkan mereka yg dicium tangan itu tertipu (ghurur). sekiranya keadaan itu terjadi, dosa dibebankan kpd org yg di ciumkan tangannya dan bukannya kpd org yg mencium, kerana yg mencium itu hanya bermaksud untuk memuliakan dan menghormatinya....bersambung.....

19 April 2010

Tawasull 2 Tawassul Dengan "jah" (kedudukan) Yg Mulia di sisi Allah

sambungan pada post yang lalu adapaun bertawassul dengan "jah"(kedudukan) yg mulia di sisi Allah seperti kau menyebut
"Ya Allah aku bertawassul kepada Engkau dengan 'jah' Nabi...atau orang soleh...

ini sepatutnya juga termasuk di dalm perkara yg sepatutnya tidak berlaku percanggahan pendapatan akan keharusannya. kerana 'jah' tadi bukanlah batang tubuh orang yg djadikan 'wasitah' (perantaraan) itu, tetapi kedudukan martabatnya di sisi Allah dan ia juga dikira sebagai satu cabang daripada amalan soleh, kerana Allah SWT berfirman mengenai Nabi Musa yang bermaksud :

" dan dia (Musa) adalah seorang yang mempunyai kedudukan terhormat di sisi Allah"
(Al-Ahzab :69)
dan mengenai Nabi Isa as Allah berfirman yang maksudnya:

"al masih Isa bin Maryam seorang yang termuka di dunia dan di akhirat


maka tidak patut dihalang seorang bertawassul dengan 'jah' seseorg sekiranya kita benar-benar adil, kerana tidak berkemungkinan dengan itu dia mengaitkan 'takthir' (memberi bekas) kepada diri yang dijadikan 'wasitah' (perantaraan), tetapi yang dijadikan 'wasitah' hanya 'jah' atau kedudukannya di sisi Allah, tidak lebih daripada itu.