13 Februari 2011

POLITIK & DOSA PAHALA (1)

POLITIK & DOSA PAHALA

Analogi atau Perbandingan

Kalau saya kata begini, “Marilah kita berpakat bersihkan tanah perkuburan pagi ini. Kita buat Persatuan Cuci Kubur. Sesiapa yang boleh hadir sila hadir. Sesiapa yang tidak boleh hadir boleh bagi wang. Yang di Pertua atau Pengerusinya katalah Cik mat. Setiausahanya katakanlah Cik Salleh. Cik Salleh di lantik menjadi Setiausaha Persatuan Cuci Kubur. Cik Bakar menjadi Bendahari Persatuan Cuci Kubur”. Lalu benar-benar membersihkan tanah perkuburan tadi. Usaha kita itu dapat pahala atau tak dapat pahala? Adakah sampai kena tanya mufti dahulu?

Sah! Boleh pahala kerana tanah perkuburan jadi sedap mata memandang. Bersih. Walaupun mayat dalam kubur tak ada kesan apa, samada kubur naik hutan, kubur bersih mayat dalam kubur tetap sama keadaannya. Cuma kita yang masih hidup ini sedap mata memandang. Nyamuk pun tak ada, musang pun tak ada, tikus pun tak ada. Perkara ini molek, sudah tentu molek.

Contoh lain. Kita ajak orang kampung, “Marilah kita pakat-pakat tubuh persatuan jaga kampung di waktu malam. Banyak kejadian mencuri dalam kampung. Budak-budak dadah banyak. Budak-budak khianat pergi mengendap orang perempuan banyak berlaku. Marilah kita pakat-pakat buat persatuan jaga kampung”. Maka semua ikut ambil bahagian. Kita kata “ marilah, boleh pahala. Pergilah bersihkan tanah perkuburan boleh pahala. Marilah jaga malam, boleh pahala. Adakah kita kena pergi tanya mufti, boleh pahala atau tidak, usaha kita bersihkan tanah perkuburan dan dan jaga kampung di malam hari.? Jadi, kalau setakat NGO macam itu, pertubuhan – pertubuhan sukarela, sah boleh pahala bila buat kerja molek, tentulah buat kerja molek dalam perkara lain juga akan dapat pahala.

Hari Pembalasan

Para hadirin sekalian,

Masalah pahala. Persoalan dosa dan pahala bagi orang Islam tidak payah diajar banyak. Mula-mula nak jadi Islam dahulu pun kita diajar beriman dengan Allah, beriman dengan Rasul, itu ini dan Hari Akhirat. Hari akhirat mesti diyakini, selagi tak yakin selagi itu dia kena belajar. Selagi dia belum faham selagi itu dia boleh bertanya. Orang yang kenal soal, mesti jawab dengan jelas. Jangan dimarah, jangan diejek, sebab dia belum faham. Mesti di ajar sampai dia yakin. Jadi dalm ennam rukun iman, kita ambil beriman dengan Hari Akhirat.

Beriman dengan Hari Akhirat. Tujuan apa ada Hari akhirat? Tujuan untuk membalas. Dalam surah al-Fatihah juga disebut, ‘maa likiyau middiin’ – Tuhan yang memiliki sepenuhnya hari akhirat. Atau pun kita panggil hari embalas. ‘ walillahi ma fissamaa waa ti wal ard...’ – terlalu banyak ayat al-Quran yang menerangkan bahawa fungsi dan tujuan utama Tuhan sediakan alam akhirat ialah untuk melakukan pembalasan. Tuhan tidak akan balas hamba-hambanya, sama ada balasan baik atau balasan jahat, kecuali ada kaedah atau cara tertentu terlebih dahulu. Tidak boleh ikut jumpa orang, dibalas duduk dalam neraka. Ikut jumpa orang, masukkan dalam syurga. Itu bukan cara Tuhan.

Kalau manusia, ikut jumpa orang diberikan wang. Ikut jumpa orang, ditampar. Ini kita panggil orang gila. Jumpa aku, bagi wang, jumpa kamu bagi penampar. Jenis gila! Hendah ditampar, boleh! Biar ada kaedah. Apa salah saya? Bagi wang pada saya apa sebabnya? Saya miskin? Itu caranya.

Begitu juga Allah. Dia balas sama ada syurga atau neraka. Yang ketiga tidak ada. Syurga satu! Neraka satu!.

Duduk di mana, sama ada syurga atau neraka terletak atas kaedah yang diberikan kepada kita. Kaedah Tuhan yang di turunkan ke dunia ini ialah Quran. Tukang tafsir Quran yang pertama, Nabi Muhammad s.a.w. Tafsir Jalalin, Tafsir Tabari, Tafsir Kasyaf, Tafsir Zilal apa juga buku tafsir ini jatuh nombor dua, nombor tiga. Pentafsir Quran nombor satu, sebagaimana Peguam Negara yang tafsirkan undang-undang dan perlembagaan, pentafsir Quran ialah Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad ialah tafsir yang pertama- ‘wa anzalna ilaikazzikraa litubayyinannasi maa nuz zilla ilaihim’ – aku buat turun kepada kamu zikir, (Quran ni Tuhan namakan zikir) ialah untuk kita muzakarah selama-lamanya, tazkirah selama-lamanya, dengan tujuan kamu jelaskan kepada manusia pengertiannya. Aku bawa turun quran dari langit ni, kamu tukang tafsirnya. Perkataan kamu (Nabi Muhammad) merupakan tafsiran Quran, perbuatan kamu juga menjadi tafsir kepada Al-Quran, tindak tanduk kamu juga merupakan tafsir kepada Al-Quran. Bila Nabi Muhammad s.a.w wafat, ada yang menggantikannya yang dipanggil ‘ulama’. Oleh kerana itu, tiap-tiap ulama mesti bersikap dengan menjaga tutur kata serupa ajaran Al-Quran. Tingkahlaku kita serupa dengan Quran. Inilah Ulama. Kalau olok-olok beserban dan berjanggut, ini ulama tidak sebenar.

Baik lebai atau haji, lebih-lebih lagi para haji, mereka pergi ke Mekah,kutip batu untuk melontar syaitan. Ini simbolik bagi melontar syaitan. Kita binasakan syaitan di Mekah. Bila balik, kita berazam aku akan jadi orang mukmin. Tiba-tiba bila balik ke rumah jadi syaitan semula. Tentu kena pergi sekali lagi!

Jadi oleh yang demikian, dalam banyak-banyak ajaran Quran ialah ‘amar makruf nahi mungkar’. Perkara maaruf kena pakat-pakat laksanakan, kena pakat-pakat suruh orang lain sama-sama buat. Perkara mungkar, kena pakat-pakat tinggal dan pakat-pakat larang orang lain jangan dibuat sama. Allah Taala tidak buat senarai, benda moleknya senarai lengkap 1,2,3,4 tidak! Begitu juga benda buruk, tidak ada senarai lengkap 1,2,3,4 tidak!. Bahkan! Dia sebut yang pokok sahaja. Sembahyang, puasa, tolong orang, begitu begini jenis perkara molek. Perkara buruk bohong, zalim semua ini yang besar-besar. Selain dari itu,boleh difikirkan sendiri. Sebanyak mana perkara yang dikatakan molek dari allah Taala, bila dilakukan semuanya boleh pahala belaka. Dan sebanyak mana perkara yang Allah larang, jika dilakukan, semua dapat dosa

Kelantan dan Riba

(tunggu sambungannya,.....)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan