09 Disember 2010

FAEDAH ISTIGHFAR

Istighfar memiliki faedah yang sangat besar dan faedah yang luhur. Ini dapat dipetik oleh orang telah diberi taufik dan ilham oleh Allah s.a.w sehingga mahu membaca istighfar dan kembali kepada Allah s.w.t serta bertaubat kepada-NYA. Antara faedah-faedah beristihfar adalah sebagai berikut:

1. Istighfar merupakan sambutan terhadap perintah Allah s.w.t

Allah s.w.t memerintahkan dan mengajurkan supaya para hamba-NYA meminta keampunan kepada-NYA. Selanjutnya Allah s.w.t menjanjikan keampunan dan pahala yang agung. Selain itu pemberian yang melimpah sebagai balasan ke atas istighfar. Adakah yang lebih jujur ucapannya selain Allah? Ayat-ayat dan hadith yang menunjukkan tentang perkara ini adalah perintah Allah s..w.t yang ditujukan kepada Nabi-NYA s.a.w untuk beristighfar. Padahal Nabi s.a.w merupakan makhluk yang paling mulia.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

÷ŽÉ9ô¹$$sù žcÎ) y‰ôãur «!$# A,ym öÏÿøótGó™$#ur šÎ7/Rs%Î! ôxÎm7y™ur ωôJpt¿2 y7În/u‘ ÄcÓÅ´yèø9$$Î/ ̍»x6ö/M}$#ur ÇÎÎÈ

55. (setelah Engkau mengetahui perihal Nabi Musa dan umatnya) maka Bersabarlah (Wahai Muhammad, Dalam perjuangan menegakkan Islam); Sesungguhnya janji Allah (untuk menjayakanmu) adalah benar. dan pohonlah ampun bagi salah silapmu, serta bertasbihlah Dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang. (Al-Mukmin :55)

óOn=÷æ$$sù ¼çm¯Rr& Iw tm»s9Î) žwÎ) ª!$# öÏÿøótGó™$#ur šÎ7/Rs%Î! tûüÏZÏB÷sßJù=Ï9ur ÏM»oYÏB÷sßJø9$#ur 3 ª!$#ur ãNn=÷ètƒ öNä3t7¯=s)tGãB ö/ä31uq÷WtBur ÇÊÒÈ

19. Oleh itu, maka Tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (Wahai Muhammad) Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadanya bagi salah silap Yang Engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang Yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di Akhirat). (Muhammad:19)

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a diceritakan bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:

“ Tuhan kita setiap malam turun ke langit dunia tatkala tertinggal sepertiga malam yang terakhir seraya berkata ; Orang yang berdoa kepada ku maka aku akan mengabulkan orang meminta kepada ku, maka aku akan memberi orang yang memohon ampun kepadaku maka aku akan mengampuninya” (HR Bukhari dan Muslim)

07 Disember 2010

Istighfar Adalah Penenang


Pada suatu hari aku pulang ke rumah setelah melalui hari yang penuh dengan kesulitan dan membuatku tertekan. Aku membuka pintu ternyata isteriku telah menunggu kedatanganku. Raut wajahnya menampakkan kemarahan dan emosi yang memuncak.

Tiba tiba saja dia bertanyakan sesuatu yang membuatku tidak boleh menahan marahdan mengawal emosiku sendiri. Malam bermula tiba sehingga menjelang subuh perselisihan terus berlangsung. Akhirnya isteriku memutuskan untuk pergi meninggalkan rumah dan pulang ke rumah ayahnya. Aku berusaha menahannya tetapi tidak berjaya. Dia pun pergi ke bilik tidur dan mengemas begnya dan bersiap-siap untuk keluar rumah. aku biarkan dia melakukan itu. Akhirnya dia keluar dari rumah. aku tidak tahu dia hendak pergi ke mana. Ini kerana aku juga sedang dalam keadaan marah dan emosi ku tidak terkawal.

Disebelah rumahku ada masjid. waktu itu azan Subuh hampir tiba. aku mula masuk masjid berwudhuk dan bersolat dua rokaat. Setelah azan subuh bergema aku melaksanakan Solat Subuh berjemaah. Setelah itu aku tetap berada di masjid dan mula membaca istighfar memohon keampunan kepada Allah s.w.t. Keadaan itu berlangsung selama sejam. setelah itu aku bangun dan meninggalkan masjid menuju ke rumah. Aku membuka pintu. ternyata isteruku sedang duduk menunggu. Raut wajahnya nampak senyuman yang manis. Dia menyapa ku dengan ucapan salam. serta merta aku bertanya kepadanya : " Bukankah kamu berkeras untuk pergi dari rumah?" Dia menjawab " aku mohon maaf di atas apa yang telah aku lakukan." Dalam hati aku berbisik " Sungguh aneh apa sebenarnya yang terjadi"?

Aku bertanya kepadanya apakah sebenarnya yang membuatnya mengubah keputusan itu. Dia menjawab " Demi Allah aku tidak tahu, akan tetapi sejam yang lalu aku merasakan hatiku begitu damai dan aku mula mengerti sebenarnya akulah yang bersalah. Allah lah yang telah memberi ku petunjuk".
Aku pun teringat bahawa pada saat itu aku sedang duduk memohon keampunan kepada Allah s.w.t. Seketika terlintas dalam ingatanku sabda Nabi s.a.w " Oarng yang memperbanyakkan istighfar Allah s.w.t akan memudahkan segala kesusahannya dan memberi jalan keluar dari segala kesulitannya dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka"
Aku telah membuktikan dengan pengalamanku kebenaran sabda Rasulullah s.a.w itu.

Kisah ini di petik dari Buku Hikmah terapi Istighfar oleh Hasan Bin Ahmad Bin Hassan Hammam di terjemah oleh Mohd Basri bin Yusof.

Kadang-kadamg kita perlu cepat muhasah diri jika ada kesulitan, atau tiba-tiba isteri atau anak-anak kita buat hal....Boleh jadi dosa kita terlalu banyak hari itu. Boleh jadi kita ada buat salah dan terlupa pula nak mohon Ampun dari Allah. malah yang paling sedih bila kita memohon ampun dalam keadaan sombong pula lalu bagaimana...?

akan menyusul lagi kisah-kisah kelebihan istighfar InsyAllah.






14 November 2010

Jangan Buat Fitnah!

Orang kita selalu cepat percaya tanpa usul periksa sama juga kisah, bila ada orang kata semasa Hang Tuah melarikan Tun Teja “Hang Tuah dah pakai dah Tun Teja”. “Dah pakai? apa maksud cikgu? Aku mula bertanya memang aku tak faham apa yang dimaksudkan oleh cikgu Zopin. Cikgu Zopin dengan muka nya yang selamba menjawab “maksudnya dah berzina dengan Tun Teja hahaha..Sultan dapat bekas aja”. Mendengar ayatnya itu aku bagai mahu melompat terkejutnya bukan kepalang. “saya tak setuju dengan kenyataan itu, yalah dalam hal Hang Tuah melarikan tunang orang itu memang salah di sisi agama Islam, ianya tidak boleh tetapi membuat kenyataan yang mengatakan sampai berzina wah! Ini tak boleh terima”. Cikgu Zopin masih mahu mempertahankan hujahnya katanya ada dalam buku sejarah, Aku mula nak naik berang, aku pun bertanya kembali “kalau betul ada buku yang mana? dan siapa yang tulis? Cikgu Zopin terdiam, “Ah! ini mesti buku Inggeris jahanam yang tulis” kata aku dalam nada kesalbercampur marah. Aku tak puas hati aku pula berhujah “Baik! apa kata kita balik pada Islam dalam hukum Islam untuk sabit kesalahan mengenai jenayah zina kita mesti tanya ada 4 orang saksi tak yang melihatnya?..melihat? melihat yangg bagaimana? melihat yang betul-betul sebagaimana unta masuk ke dalam kandang sebagaimana benang masuk kedalam lubang jarum ada nampak? ada saksi? Terkebil-kebil mata cikgu Zopin memandang aku, mungkin dia tidak menyangka aku seberani itu bertanya soalan tersebut malah dia juga tunduk membisu kerana tak mampu nak menjawab soalan aku. Di dalam hati aku bergumam sendirian Cis! Sungguh begitu mudah orang membuat fitnah....

25 Oktober 2010

ADAB MENJAGA DAN MENGHORMATI BUKU

ADAB MENJAGA DAN MENGHORMATI BUKU

Cubalah anda perhatikan sejenak ke almari atau rak buku di rumah anda! Bagaimana anada menyusun buku di rak atau di almari? Adakah anda menyusun mengikut sesuka hati anda atau anda menyusun mengikut peraturan atau sistem tertentu yang memudahkan anda untuk mengesan dan mendapatkan kembali buku yang disusun itu? Anda mungkin tidak mempunyai masalah jika koleksi buku anda masih kecil tetapi anda akan menghadapi masalah besar jika koleksi buku anda besar. Lebih canggih lagi, apakah anda menyusun buku bedasarkan klasifikasi tertentu seperti Dewey Decimal Classificatio (DDC). DDC ialah sistem utama pengelasan buku yang digunakan oleh perpustakaan di seluruh dunia, yang dikembangkan pada tahun 1873 oleh Melville Dewey, pustakawan dari Amerika. Sekiranya anda tidak bedasarkan klasifikasi tertentu, anda perlu mempunyai sistem sendiri yang sistematik, yang mana dalam jangka masa panjang tidak akan menyusahkan anda khususnya apabila koleksi perpustakaan peribadi anda atau perpustakaan rumah anda semakin membesar.

Keperluan pada klasifikasi yang standard sebenarnya merupakan satu adab untuk menjaga dan menghormati buku. Dalam sejarah tradisi ilmu silam, sama ada Islam. Yunani ataupun China, terdapat tradisi adab menghormati buku. Melalui tradisi, kita diajar adab menghormati ilmuan: orang bijak pandai dan alim ulama. Secara logiknya ia juga menggambarkan perlunya penghormatan terhadap buku. Buku di hormati bukan kerana fizikalnya tetapi isinya yang mencerdaskan umat manusia.

Tidak hairanlah dalam tradisi ilmu Islam, adab menjaga dan, menghormati buku amat di tekankan sebagaimana saranan Musa al-Almawi (meninggal dunia 1573) seperti mana yang dikutip oleh Franz Rosenthal dalam buku klasiknya The Techniques and Approach of Muslim Scholarship (1974). Menurutnya, buku-buku harus disusun menurut subjek, dan buku yang paling penting harus ditempatkan paling atas. Susunan berikut harus dipatuhi:

1. Al-Quran

2. Tafsir al-Quran

3. Kitab Hadith

4. Komentar terhadap kitab Hadith

5. Kitab-kitab usuluddin

6. Kitab-kitab Feqah

7. Buku-buku tatabahasa, puisi, dan ilmu yang lain-lain.

Ibnu Jamaah pula menambahkan saranan yang lebih terperinci,

· “Jika ada dua buku tentang subjek yang sama, maka buku yang lebih banyak mengandungi kajian al-Quran atau hadith hendaklah ditempatkan di sbelah atas. Jika dalam hal itu kedua-duanya sama, maka sejauh mana pentingnya pengarang buku tersebut mesti dipertimbangkan. Jika dalam hal itu kedua-dua pengarang sama tersohor, maka pengarang yang lebih tua umurnya dan lebih diperlukan ilmunya ditempatkan lebih atas. Kalaupun dalam hal ini kedua-duanya sama, maka buku yang lebih benar atau diyakini penulisannya harus ditempatkan di atas.

· Ibnu Jamaah menyatakan lagi, “ Buku-buku berukuran besar tidak sewajarnya diletakkan di atas buku-buku berukuran kecil, agar longgokkan buku tidak sering roboh.

· Judul buku hendaklah ditulis pada pinggiran luarnya. Sebuah daftar judul bab harus ditulis dalm sampul yang berhadapan dengan “lidah jilidan”. Jika tidak, maka penulisan daftar tersebut akan terbalik.

Musa al-Amawi menyatakan,” Buku tidak boleh dijadikan tempat menyimpan lembaran-lembaran kertas atau benda-benda lain yang serupa.

· Buku tidak boleh dijadikan bantal ( rupa-rupanya al-Amawi telah menjangkakan tabiat buruk sebahagian daripada kita), dijadikan kipas, sandaran punggung atau alasan berbaring, atau digunakan untuk membunuh lalat.

· Untuk menanda halaman yang sdang dibaca,pinggir atau sudut halaman buku tidak boleh dilipat. Orang bodoh sahaja yang sering melakukan hal itu (sekali lagi al-Almawi sudah menjangkakan kebiasaan buruk kita.) Penanda bacaan selembar kertas atau yang menyerupainya harus diguna, tetapi tidak boleh bahan daripada potongan kayu atau apa pun bahan yang diperbuat daripada bahan yang keras.”

Menyalin Buku

· Seorang penyalin yang menyalin halaman-halaman daripada buku haruslah suci daripada hadas dan menghadap kiblat. Badan, pakaian, tinta serta kertas yang digunakan haruslah bersih.

· Setipa manuskrip harus bermula dengan bismillah. Jika pengarang asalnya terlupa, si penyalin harus membuat penambahan. Selanjutnya si penyalin hendaklah menuliskan : “Telah berkata Syeikh....” atau “pengarang mengatakan....”. Selanjutnya dia harus menyalin teks buku sebagaimana yang ditulis oleh pengarangnnya

· Setelah ditulis, buku atau jilid buku harus disudahi dengan puji-pujian kepada Allah SWT dan selawat kepada Rasullullah SAW.

(Dipetik dan diubahsuai daripada buku bertajuk: keunggulan dan keanehan BUKU)


24 Oktober 2010

Ulama muda Umno patut nasihat, bukan kipas



Ulama muda Umno patut nasihat, bukan kipas

Rusli Yasmin

KUALA LUMPUR, 23 Okt:

"Ulama muda Umno sepatutnya menasihati pemerintah dan pembesar, bukan mengipasnya dalam perkara yang beliau sendiri tahu ia salah," kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan ketika memberi respons kepada kenyataan Fathul Bari yang berucap dalam perhimpunan Agung Umno di PWTC, hari ini.

Nasrudin berkata, semua orang yang menyaksikan bentuk persembahan Festival Busana Muslim (Islamic Fashion Festival) itu melihat pertunjukan tersebut bercanggah dengan Islam.

"Apa yang kita bantah ialah pertunjukkan fesyen yang kita saksikan melalui satu siaran yang disiarkan oleh CNN dan juga melalui laman web IFF sendiri," katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau memberitahu bahawa Pemuda PAS dan NGO Islam bukanlah bertindak melulu tetapi Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung yang hadir dalam majlis tersebut mesti bertanggungjawab, memohon maaf, bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.

"Sering kali orang pertikai kenapa bantah mungkar itu, kenapa tidak tanya dulu penganjur dan penaungnya?

“Kalau saya tanya kembali masa putuskan (untuk) menganjurkannya mengapa tidak tanya ulama dahulu?

"Sepatutnya sebelum buat kena tanya dulu, bukan dah buat orang kena tanya mereka (penganjur dan penaung) mengapa mereka buat," katanya.

Beliau juga melihat tindakan Fathul Bari mempertahankan Rosmah itu sebenarnya akan terus mengheret pemimpin itu kekal dalam maksiat.

Ulama muda Umno tersebut juga dilihat cuba membersihkan Rosmah yang menaungi penganjuran itu agar kesalahan itu ditanggung oleh penganjur.

"IFF boleh terus berkarya menghasilkan reka fesyen selama mana ia tidak bertentangan dengan Islam dan Datin Seri Rosmah boleh menaunginya tanpa halangan selama mana ia tidak mengulangi penganjuran seperti di Monte Carlo," tambahnya.

Dewan Pemuda PAS juga, ujarnya akan memberikan pandangan bertulis yang berasaskan Islam kepada penganjur mengenai perkara itu.

Timbalan Ketua Lajnah Ulama Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Azhar Yahya dalam kenyataannya pula menganggap tindakan IFF itu secara spontan telah mengguris perasaan para pecinta Rasulullah s.a.w. dan pendokong syariat Islam.

Katanya, sekiranya Rosmah tidak mahu bertanggungjawab jangan sesuka hati hendak menjadi penaung kepada program seperti itu.

"Fathul Bari bila dikalungkan sebagai ulama muda, maka pastinya akan mempertahankan pengalungnya.

"Kini isteri pengalungnya sedang dipaliti najis yang dinamai kononnya Islamik, maka tidak hairanlah Fathul Bari muncul dengan megahnya di PWTC membelai manja para perwakilan kononnya pembangkang tidak berakhlak Islam," katanya.

Sumber: http://www.harakahdaily.net/