Hari ini kita dikejutkan lagi dengan 2 perkara yang yang cuba dipolitikan dan akhirnya perkara itu menunjukkan kejahilan dan kebodohan diri sendiri
1. Boleh atau tidak orang bukan islam masuk ke dalam masjid?
2. Boleh atau tidak orang islam berdoa agar Allah memeberi hidayah pada orang bukan islam?
Di sebabkan kita 53 tahun tak pernah dengar perkara ini maka kita terus membantai membelasah tanpa usul periksa. Apakah islam kita ini hanya adat atau ibadat? Apakah islam ini sebenarnya agama yang sempit atau jumud...sebenarnya islam ini agama yang kita anuti ini adalah agama yang benar lagi indah yang luas dalam perbahasan dan perbincangan mencangkup segala perkara.. tanyalah apa sahaja soalan maka Islam ada jawapannya.
Jawapan bagi soalan pertama. Mengikut pandangan al-imam As-syafie adalah HARAM orang bukan islam memasuki masjidlharam di makkah al-mukarramah adapun memasuki masjid lain selain dari masjidilharam adalah di BOLEHKAN dengan syarat mendapat persetujuan pentadbir masjid tersebut.
Berdasarakan Sirah Rasulullah sebelum berlakunya pembukaan kota Mekah. Yang pada masa itu pemuka Mekah (perdana menteri la kiranya pada masa ini) Abu Sufyan (ketika ini Abu sufyan belum lagi memeluk Islam) telah datang ke Madinah mengadap Rasulullah untuk membincangkan tentang keselamatan rakyatnya di Mekah. Maka dimanakah perbincangan ini berlaku? ianya berlaku di dalam masjid yang di hadiri juga oleh para sahabat Rasulullah yang lain. Apakah kita tidak mengkaji sirah Rasulullah ini? Rentetan peristiwa ini akhirnya membuka pintu hati Abu Sufyan untuk memeluk Islam ( Rujuk lah kisah ini di dalam buku sirah).
Di malaysia ini antara masjid yang sering di datangi oleh pelancong-pelancong asing dari taiwan, korea, eropah dan negara-negara lain ialah Masjid Negara. Sehingga pentadbiran masjid menjadikan antara destinasi pelancongan di malaysia ini adalah masjid negara. Mengapa di jadikan masjid ini salah satu destinasi penlancongan? Kerana ini adalah salah satu cara untuk menyampaikan dakwah islam kepada mereka yang bukan islam. Mereka bukan sekadar datang untuk melihat senibina masjid tersebut tetapi juga di terangkan tentang peranan masjid dan islam yang sebenarnya, mereka juga melihat dan mendengar laungan azan. Dan kata bekas imam masjid negara sampai kepada mereka maklumat ada antara pelancong-pelancong ini yang kembalinya mereka ke negara mereka lalu memeluk Islam. Subhanallah!. Sesunguhnya Allah lah yang memberi hidayah. kita hanya menjalankan tanggungjawab kita untuk menyampaikan dakwah. Boleh jadi kita hanya menjadi asbabnya sahaja. Tetapi bagaimana kalau kita menutup ruang ini ..maka sampai bila-bila pun mesej islam ini tidak sampai kepada mereka. Wahai saudara ku! sesungguhnya Islam ini bukan agama yang jumud..bukan agama yang sempit...hanya kita orang melayu yang tidak memahaminya kerana kita tidak mahu mempelajarinya, kita tidak mahu mengkajinya..kita terlalu taksub dengan nasionalis kita fahaman kebangsaan kita...apakah ini yang kita akan bawa apabila mengadap Allah s.w.t nanti.
Jawapan bagi Soalan kedua.
2. Boleh atau tidak orang islam berdoa agar Allah memeberi hidayah pada orang bukan islam?
Sebenarnya kita sebagai orang Islam boleh memohon atau berdoa Kepada Allah agar diberikan hidayah kepada orang bukan islam. Hujahnya...Rasulullah juga pernah berdoa kepada Allah iaitu “Wahai Tuhan kami kuatkanlah agama-Mu ini dengan Abi al-Hakam bin Hisyam (abu jahal) atau Umar bin al-Khattab. Ini merupakan doa Rasulullah kepada abu jahal dan umar yang pada waktu itu belum lagi memeluk Islam. Takdirnya Allah memilih Umar Ibn-Khattab.
Jadi kita sebagai umat yang islam yang terhebat ini jangan terus membuat tuduhan melulu tanpa bertanya kepada mereka yang ahli dalam bidangnya (alim ulamak) kerana kita khuatir kita sebenarnya menjadi penyebab Islam ini dilihat sebagai agama yang sempit lagi jumud. Kita takut kita menjadi penyebab tersekatnya dakwah dalam Islam itu sendiri. Maka pengajarannya sebelum kita mengeluarkan kenyataan kita perlu mengkaji dan menelitinya dari aspek hukum terlebih dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan