Syeikh Ibnu Atha'illah as-Sakandari rhm berkata dalam Kitab hikamnya " Boleh jadi Allah membuka untukmu pintu ketaatan, tetapi tidak membuka untukmu pintu penerimaan. boleh jadi pula, Dia mentakdirkan engkau membuat berbuat dosa, lalu dosa itu menjadi sebab kamu sampai kepada-Nya (melalui taubat dan sebagainya)"
Syeikh al-buthi hafizhahullah berkata:" Bukan semua amalan taat merupakan jalan untuk mendapat pahala Allah dan keredhaanNya. Begitu juga, bukan semua maksiat membawa kemurkaan Allah dan hukuman-Nya. Tetapi yang diambil kira adalah keadaan orang yang taat dan niatnya dalam ketaatan. Begitu juga halnya dengan orang yang membuat maksiat"
Jesteru ketaatan mestilah disertakan dengan keikhlasan tanpa ada ujub, riyak, takabbur dan segala sifat mazmumah.
Mafhum Hikmah
Penerimaan ibadat lebih penting daripada ibadat. jesteru pelaksanaan ibadat dengan ikhlas dan cukup segala syaratnya akan menjadikan ibadat itu sah dan diterima oleh Allah SWT. Jika sebaliknya ia mungkin ditolak dan tidak diterima.
Adakalanya kesilapan melakukan maksiat menjadi sebab kepada taubat nasuha sehingga seseorang itu bertukar menjadi hamba yang soleh.
Amalan taat yang dilakukan seseorang hamba tidak semestinya akan diterima Allah SWT. begitu juga sesuatu dosa mungkin menyebabkan seseorang hamba dekat kepada Tuhannya, iaitu melalui taubat dan sebagainya.
Iktibar Hikmah
1. Menurut Syeikh Zarruq rhm, sebab penerimaan amalan taat ada tiga perkara iaitu:
- Taqwa kepada Allah SWT
- ikhlas kepadaNya
- bertepatan dengan sunnah Nabi SAW dan mengikut cara yang sebenar.
2. Taqwa kepada Allah SWT merupakan salah satu syarat penerimaan sesuatu amalan , sebagaimana firman Allah yang maksudnya " sesungguhnya Allah hanya menerima daripada orang yang bertaqwa" (surah al-Maidah 5:27)
Dalam menghuraikan ayat ini Sayyid Quthub rhm berkata : " demikianlah dengan kejujuran Habil as mengembalikan urusan penerimaan korban itun kepada pokok pangkalnya yang sebenar, iaitu taqwa. dengan penuh iman beliau memahami sebab penerimaan itu. Dengan bimbingan yang halus beliau menyarankan kepada saudaranya yang mahu melampaui batas itu supaya bertaqwa kepada Allah SWT. Beliau juga menunjukkan kepadanya jalan yang sebenar untuk mendapat kan penerimaan itu. selain itu beliau menggunkan sindiran yang amat lembut dan seni tanpa mengguriskan hati saudaranya dan membakar perasaannya.
3. Setiap amalan yang tidak disertakan dengan taqwa hanyalah menyebabkan kepenatan tanpa sebarang faedah.
4. Keikhlasan kepada Allah adalah syarat asas dalam penerimaan sesuatu amalan soleh. Amalan soleh tidak akan diterima kecuali jika dikerjakan dengan niat ikhlas kepada Allah SWT semata-mata, sebagaimna firmannya dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:
" Akulah sekutu yang paling tidak berhajat kepada penyekutuan. sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang dia sekutukan padanya sesuatu yang lain bersama Ku, nescaya Aku tinggalkannya bersama sekutunya"
(Diriwayat oleh Imam Ibnu Majah. Para perawi hadis ini tsiqah)
5. Allah berfirman :
`¨B tb%x. ߉ƒÌムs's#Å_$yèø9$# $uZù=¤ftã ¼çms9 $ygŠÏù $tB âä!$t±nS `yJÏ9 ߉ƒÌœR ¢OèO $oYù=yèy_ ¼çms9 tL©èygy_ $yg8n=óÁtƒ $YBqãBõ‹tB #Y‘qãmô‰¨B ÇÊÑÈ
18. Sesiapa Yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya Dalam dunia apa Yang Kami kehendaki, bagi sesiapa Yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya Dalam keadaan Yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.
(Surah al-Isra' 17:18)
Berhubung dengan ayat ini Sayyid Quthub rhm berkata ayat ini berkaitan dengan kesudahan golongan yang memilih kesenangan hidup dunia dan kesudahan golongan yang memilih kesenangan hidup akhirat. ia juga berkaitan dengan pemberian Allah SWT kepada dua golongan itu didunia di akhirat. semuanya berlansung mengikut sunnah dan peratura yang tetap dan tidak berubah. Tiada sesuatu pun daripada perkara-perkara tersebutberlaku secara sia-sia"
Imam Qurtubi rhm pula berkata yang di maksudkan dengan perkataan s's#Å_$yèø9$#
maknanya 'yang segera' yang disebut kan dalam ayat diatas ialah nikmat dan kesenangan hidup di dunia ini"
6. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a Nabi SAW brsabda:" Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa habuan daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga. Betapa ramai orang yang bangun malam (mengerjakan ibadat qiyamulail) tidak mendapat apa-apa daripada bangun malamnya kecuali berjaga malam dan letih semata-mata ( yakni mereka tidak mendapat apa-apa pahala daripada amalan masing-masing kerana riyak atau sebagainya)
7. seorang ahli hikmah rhm berkata "orang arif ( yang benar-benar mengenali Allah SWT ) ada enam sifat:
- Apabila mengingati Allah SWT, dia berbangga
- Apabila mengingati diri sendiri , dia merasa kerdil dan rendah diri
- Apabila melihat ayat-ayat Allah SWT dia mengambil iktibar dan pengajaran
- Apabila ingin melakukan maksiat, dia menahan diri
- Apabila mengingati pengampunan Allah SWT dia gembira
- Apabila mengingati dosa-dosanya pula dia meminta ampun"
Ini lah sebahagian kecil isi kandungan kitab al-Hikam karangan Imam Tajuddin Ahmad Bin Muhammad Bin Abdul Karim Bin 'Atha'illah As Sakandari yang diterjemahkan oleh Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan di terbitkan oleh Telaga biru.
Apabila aku membacanya aku mula terasa sangat teruja aku mula terasa bagaimanakah dengan diriku ini. Adakah amalan ku selama ini diterima Allah. Bagaimana selama ini perjalanan hidupku Jangankan dengan membuat amalan soleh ...Aku juga tertanya-tanya adakah ilmu silat yang aku belajar dan yang aku mengajar selama ini ada bait-bait keikhlasan atau hanya berbaur keegoan dan kesombongan.....sungguh ini sangat perlu diperhaluskan... semoga perjalanan ini akan membawa kepada lagi lebih perasaan berhati-hati dan doa ku agar Allah memudahkan pada ku dalam perjalanan ini dan memberi keselamatan dan hidayah selama-lamanya amin...
(monolog diri)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan