Entah
bagaimana setelah berbual-bual dengan sahabat ku Uda di talian telefon , tiba
tiba tangan ku terpegang sebuah buku yang bertajuk “Diari Hidup Rasulullah
s.a.w-Menjejak Sunnah utama Rasulullah s.a.w dalam sehari, bagi tujuh hari
seminggu yang produktif”
Di sini buat masa ini aku bukan ingin mengulas apakah
amalan yang di anjurkan Nabi itu. Cuma aku ingin membawa sebuah kisah yang di
nukilkan oleh pengarangnya di bahagian pendahuluan bukunya, Boleh jadi kisah
itu akan memberi manfaat yang banyak kepada kita.
Kata
pengarang buku ini bukan semua aku nukilkan di sini “...Hari ini kita belajar
supaya tidak terlalu berharap bagi mendapat keajaiban yang bukan milik kita kerana
Allah menyediakan keajaiban yang berbeza-beza bagi setiap sesiapa, iaitu kepada
orang yang berharap dan bergantung kepadanya. Kita sendiri adalah keajaiban. Kita
memiliki Allah sumber segala keajaiban yang selalu memberi perkara ajaib kepada
kita.
Inilah
Kisah yang dinukilan dalam buku ini:
Pada
suatu hari, sepasang suami isteri sedang makan di rumah mreka. Tiba-tiba pintu
rumah diketuk oleh seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis yang daif itu. Si
isteri berasa terharu dan mahu memberi makanan kepadanya. Tetapi sebagai isteri
yang taat dan patuh pada suaminya, dia minta izin terlebih dahulu. “Bolehkah
saya memberi makanan kepada pengemis itu?”
Rupa-rupanya
sikap si suami berbeza dengan sikap si isteri. Dengan suara lantang dan kasar,
dia menjawab, “ Tidak payah! Halau sahaja dia dan tutup pintu!”
Wanita
berhati mulis itu terpaksa menurut perintah suaminya dan tidak memberikan
makanan kepada pengemis. Tidak lama selepas itu, perniagaanya si suami
mengalami kemerosotan dan akhirnya dia bankrap. Dia terpaksa menanggung banyak
hutang. Selain itu, disebabkan oleh sifat dan tabiat suami isteri yang berbeza,
rumah tangga mereka menjadi huru haradan akhirnya mereka bercerai.
Tidak
lama selepas tempoh iddahnya tamat, wanita itu berkhawin semula. Kali ini dia
berkhawin dengan seorang ahli perniagaan di kota dan hidup bahagia. Pada suatu
hari, semasa wanita itu sedang makan bersama suami barunya.rumah mereka diketuk
orang. Apabila pintu dibuka ternyata tetamu yang tidak diundang itu adalah
seorang pengemis yang daif. Lantas dia berkata pada suaminya, “Bolehkah saya
memberi makanan pada pengemis ini?”
“Ya
berilah makanan pada pengemis itu”
Selepas
memberi pengemis itu makanan,si isteri masuk ke dalam rumah sambil menangis. Dengan
perasaan hairan si suami bertanya, “Mengapa kamu menangis? Adakah kerana saya
menyuruh kamu memberi daging ayam kepada pengemis itu?”
Si
isteri menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan sedih, “saya sedih dengan
perjalanan takdir yang menakjubkan. Kamu tahukah siapa pengemis yang ada di
luar tadi? Dia adalah bekas ssuami ku”
Mendengar
penjelasan isterinya, si suami berasa terkejut, tetapi dia bertanya lagi, “
Tahukah kamu siapa saya yang kini menjadi suami kamu?” Saya adalah pengemis
yang dahuu dihalaunya!”
Allahu
akbar. Siapa yang mengatur semua peristiwa ini? Tentulah Zat yang pastinyaMaha
berkuasa ke atas semua ciptaanya. Kita dan semua peristiwa yang berlaku
dalamnyatunduk pada ketentuan Tuhan.