06 Ogos 2012

Pengemis Kaya


Entah bagaimana setelah berbual-bual dengan sahabat ku Uda di talian telefon , tiba tiba tangan ku terpegang sebuah buku yang bertajuk “Diari Hidup Rasulullah s.a.w-Menjejak Sunnah utama Rasulullah s.a.w dalam sehari, bagi tujuh hari seminggu yang produktif” 

Di sini buat masa ini aku bukan ingin mengulas apakah amalan yang di anjurkan Nabi itu. Cuma aku ingin membawa sebuah kisah yang di nukilkan oleh pengarangnya di bahagian pendahuluan bukunya, Boleh jadi kisah itu akan memberi manfaat yang banyak kepada kita.

Kata pengarang buku ini bukan semua aku nukilkan di sini “...Hari ini kita belajar supaya tidak terlalu berharap bagi mendapat keajaiban yang bukan milik kita kerana Allah menyediakan keajaiban yang berbeza-beza bagi setiap sesiapa, iaitu kepada orang yang berharap dan bergantung kepadanya. Kita sendiri adalah keajaiban. Kita memiliki Allah sumber segala keajaiban yang selalu memberi perkara ajaib kepada kita.

Inilah Kisah yang dinukilan dalam buku ini:

Pada suatu hari, sepasang suami isteri sedang makan di rumah mreka. Tiba-tiba pintu rumah diketuk oleh seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis yang daif itu. Si isteri berasa terharu dan mahu memberi makanan kepadanya. Tetapi sebagai isteri yang taat dan patuh pada suaminya, dia minta izin terlebih dahulu. “Bolehkah saya memberi makanan kepada pengemis itu?”

Rupa-rupanya sikap si suami berbeza dengan sikap si isteri. Dengan suara lantang dan kasar, dia menjawab, “ Tidak payah! Halau sahaja dia dan tutup pintu!”

Wanita berhati mulis itu terpaksa menurut perintah suaminya dan tidak memberikan makanan kepada pengemis. Tidak lama selepas itu, perniagaanya si suami mengalami kemerosotan dan akhirnya dia bankrap. Dia terpaksa menanggung banyak hutang. Selain itu, disebabkan oleh sifat dan tabiat suami isteri yang berbeza, rumah tangga mereka menjadi huru haradan akhirnya mereka bercerai.

Tidak lama selepas tempoh iddahnya tamat, wanita itu berkhawin semula. Kali ini dia berkhawin dengan seorang ahli perniagaan di kota dan hidup bahagia. Pada suatu hari, semasa wanita itu sedang makan bersama suami barunya.rumah mereka diketuk orang. Apabila pintu dibuka ternyata tetamu yang tidak diundang itu adalah seorang pengemis yang daif. Lantas dia berkata pada suaminya, “Bolehkah saya memberi makanan pada pengemis ini?”

“Ya berilah makanan pada pengemis itu”

Selepas memberi pengemis itu makanan,si isteri masuk ke dalam rumah sambil menangis. Dengan perasaan hairan si suami bertanya, “Mengapa kamu menangis? Adakah kerana saya menyuruh kamu memberi daging ayam kepada pengemis itu?”

Si isteri menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan sedih, “saya sedih dengan perjalanan takdir yang menakjubkan. Kamu tahukah siapa pengemis yang ada di luar tadi? Dia adalah bekas ssuami ku”

Mendengar penjelasan isterinya, si suami berasa terkejut, tetapi dia bertanya lagi, “ Tahukah kamu siapa saya yang kini menjadi suami kamu?” Saya adalah pengemis yang dahuu dihalaunya!”

Allahu akbar. Siapa yang mengatur semua peristiwa ini? Tentulah Zat yang pastinyaMaha berkuasa ke atas semua ciptaanya. Kita dan semua peristiwa yang berlaku dalamnyatunduk pada ketentuan Tuhan.
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan