
13 Mac 2011
RENUNGAN

11 Mac 2011
Halia Bantu atasi Hidung Tersumbat

Halia Bantu atasi Hidung Tersumbat
Siapa yang pernah mengalami selsema sahaja yang tahu betapa ianya menyeksakan, Sakit kepala, hidung berair dan tersumbat, mata terasa panas kadang-kadang membawa demam dan batuk. Lebih menyesakan lagi apabila ianya menyerang di waktu malam sukarnya untuk melelapkan mata.
Kesan daripada selsema ini juga biasanya menjadikan hidung tersumbat. Ini kerana mukus (lendir atau hingus) berkumpul di dalam hidung. Cara biasa kita mengeluarkannya adalah dengan menghembuskannnya di tandas atau di atas tisu. Ini satu lagi “penyeksaan” apabila kena kerap kali berulang ke tandas atau sinki di rumah.
Namun begitu untuk mengatasi masalah hidung tersumbat ini sebenarnya ada tip tersendiri. Mungkin ianya berguna kepada kita satu masa nanti ikutilah panduan ini:
1.Minum banyak air
Petua ini biasa kita dengar, badan kita terdiri daripada 70% daripada air. Kita perlu minum paling tidak 8 gelas air sehari. Sebenarnya air ini juga penting untuk mengekalkan cairan di dalam tubuh agar keadaan dalm hidung kekal lembab bagi membantunya lebih kebal terhadap jangkitan penyakit.
2.Ambil Vitamin C
Banyakkan pengambilan vitamin C. Jangan risau sekiranya anda termakan lebih vitamin C, kerana ianya tidak merbahaya dan proses perkumuhan (membuang air kecil akan menyingkirnya dari badan). Anda juga boleh dapatkan vitamin C dari buah-buahan tidak semestinya pil.
3.Kunyah Halia
Inilah salah satu kelebihan halia, selain boleh membuag angin dari badan. Ianya juga membantu melegakan hidung tersumbat dengar cara memakannya. Ambil tiga hirisan atau tiga potong halia setiap hari ketika anda dijangkiti selsema. InsyaAllah mujarab.
25 Februari 2011
Ianya Bermula Di sini......... (2)

“pergh! apa bendanya ni guru” tanya Nazri sambil memegang barang itu...”oooo nilah glove tangan..sarung tangan untuk main malam ni. yang itu pelindung badan.” jawab Guru Ya sambil tersengeh menampakkan giginya kekuningan mungkin disebabkan amalan menghisap rokoknya yang terlalu kuat.
Malam tu Qin dan rakan-rakannya disuruh oleh Guru Ya untuk sparing. Ini lah kali pertama dalam hidup Qin di suruh bertumbuk berlawan betul-betul. “Biaq betoi Guru ya ni” gumam Qin dalam hati. Di kejauhan sayup-sayup terdengar cengkerik sedang menyanyi di tingkah pula dengan bunyi rayuan burung hantu. Pasangan pertama masuk siapa lagi kalau bukan Bob dengan Nafizi. Qin dengan Nazri mula tersenyum-tersenyum bukan apa memang padan pun diaorang berdua.sama besar sama saiz. Nafizi mula mengatur langkah tangannya tetap menjaga muka cuma gerak langkahnya sahaja kadang-kadang macam keling mabuk. Bob nampak selamba sahaja mungkin sebab badan dia besar dia confident boleh tibai Nafizi. mereka mula bertarung nafizi mula melakukan sepakan betis keringnya ke rusuk bob. Bob menahan dengan mengangat lututnya keparas dada tak disangka-sangka Bob membuat sepakan job (tendang lurus) ke dada Nafizi. nafizi jatuh terlentang. “Sudah!” Tiba-tiba Guru Ya bersuara sambil tersengeh-sengeh. “Lawan macam taik” ngomel Guru Ya lagi.
Qin dan Nazri gelak terbahak-bahak bila mendengar Guru Ya memberi komen sedemikian. “ Ha! hangpa dok gelak apa hangpa dua orang plak try, nak tengok macamana?” tempik Guru Ya sambil mencampak glove dan body protector kepada Qin dan Nazri.
“Habis aku!” bisik Qin dalam hati. Semasa tengah memakai body protector Qin menghampiri Nazri “weii..hang sat gi main pelan-pelan noo, jangan tibai kuat-kuat aku tak pandai lagi ni.” Bisik Qin kepada Nazri. Nazri pun mengangguk tanda setuju. Mereka berdua mula masuk ke tengah gelanggang..Qin mula mengatur langkah Nazri bergerak ke kiri dan ke kanan mungkin untuk mengelak serangan dari Qin. Dalam kesempatan yang jarang-jarang hendak diperolehi Qin sempat menepis tangan Nazri ke bawah kerana kedudukan tangannya yang terlalu jauh dari mukanya satu penumbuk sulung di lepaskan Nazri terkejut, sepontan terundur kebelakang dan dapat mengelak serangan itu. tiba-tiba Nazri mula membuat serangan balas sepakan-demi sepakan dibuat Qin hanya mampu menahan serangan tersebut kerana asakan yang bertubi-tubi dari Nazri. dalam kesempatan lain Qin sempat membuat serangan siku tanam ke muka Nazri mujur Nazri sempat menahan serangan tersebut dengan tangannya. Kalau tak mungkin Nazri sudah terjelepok di atas tanah. Perlawanan agak lama ntah kenapa Guru Ya membiarkan sahaja.
Kali ini Qin nampak lebih agresif mungkin tadi dia bengang kerana Nazri terlalu mengasaknya. Kali ini Qin pulak yang menguasai perlawanan asakan tulang ketingnya mula menyinggah kaki dan badan Nazri. Nazri Nampak terdesak tapi dalam rasa ghairah membuat serangan Qin terlupa dia telah membuka peluang kepada Nazri sebelum Qin menghantar penumbuk lurusnya Nazri terlebih dahulu membuat tendangan lurus, kali ini betul-betul terkena perut Qin, tendangan Nazri kali ini pantas dan kuat sekaligus menyebabkan Qin terpelanting kebelakang dan terkeluar dari gelangang.
Guru Ya yang dari tadi hanya melihat dengan senyuman meleret bingkas bangun apabila melihat Qin terlentang diluar gelanggang. Mereka semua menerpa ke arah Qin mengangkat Qin ke atas pangkin gelanggang “ aduh! Tumit hang rasa macam terlekat kat perut aku ni kata Qin sambil memegang perutnya yang lain ketawa Nazri yang tadi kelihatan pucat kerana tidak menyangka tendangannya tadi menyebabkan Qin terpelanting mula mengulum senyuman, risau benar dia kerana ketidaksengajaannya itu.
Guru Ya menepuk-nepuk bahu Qin “ Bagus hangpa semua ada bakat, Cuma kena berlatih dengan lebih kuat lagi, tapi ada satu yang kurang badan hangpa ni lembik tak kuat,” malam ni aku nak ajaq hangpa petua macamna nak bagi keras tulang keting dan siku..semua mata memandang Guru bersiap sedia untuk menerima satu ilmu baru malam ni.
15 Februari 2011
POLITIK & DOSA PAHALA (2)
Satu daripada perkara mungkar yang Tuhan benar-benar marah ialah riba. Kita panggil, orang melayu Kelantan panggil, ‘duit berhasil,’ ‘duit bunga’, ‘interes’. Ini semuanya perkataan-perkataan yang diguna untuk jenis ceti atau orang panggil along. Ceti halal, ceti haram-(ceti haram ialah ceti yang tidak ada lesen). Sudahlah riba itu haram, lesen tak ada pula, orang panggil ceti haram, tapi kerajaan beri lesen, orang panggil ceti halal. Siapa ajar dia begitu, wallahu’alam. Tak tahulah! Jadi, perkara ini (riba), Tuhan marah.
Oleh yang demikian, saya kata dengan sebab kita boleh bentuk kerajaan tahun 90 kerana sepakat undi PAS belaka, maka sah para pengundi tersebut boleh pahala belaka. Kenapa? Kerana kita boleh buang pajak gadai rIba di Kelantan ( dan alihkan akaun Kerajaan Negeri Kelantan dari Bank Riba). Kelantan boleh mengadakan ar-Rahnu (yang tidak lagi menggunakan sistem faedah seperti sebelumnya) selepas menang piliharanraya. Tindakkan itu boleh pahala, kena marah. Sebut macam ini! Kena marah?
Bila kita hendak hapuskan riba (dari akaun kerajaan dan pajak gadai) kita tidak boleh lakukan seorang diri atau sendiri-sendiri. Tidak boleh kerana riba beroperasi dengan lesen yang diluluskan oleh kerajaan. Kerajaan bagi lesen! Jadi nak buang benda ni, kena berkerajaan juga. Kalau Cik Mat buat seorang tidak mampu, kena cari Mat lain berpakat untuk lawan. Kerajaan yang menghalalkan riba tadi perlu ditentang dengan membentuk kerajaan yang boleh mengharamkan riba. Memang kita bentuk kerajaan (melalui pilihanraya) dan kita lawan sekadar mana yang mampu. Bila menang dalam pilihanraya, kita hapusakan unsur riba dan tentulah kita akan dapat pahala, InsyaAllah. Kena marah! Kena Tanya Mufti? Apa hukum orang buat persatuan, orang buat pertubuhan politik dan mengharamkan perkara begini? Dapat pahala atau dapat dosa, kena tanya mufti dulu!?
13 Februari 2011
POLITIK & DOSA PAHALA (1)
POLITIK & DOSA PAHALA
Analogi atau Perbandingan
Kalau saya kata begini, “Marilah kita berpakat bersihkan tanah perkuburan pagi ini. Kita buat Persatuan Cuci Kubur. Sesiapa yang boleh hadir sila hadir. Sesiapa yang tidak boleh hadir boleh bagi wang. Yang di Pertua atau Pengerusinya katalah Cik mat. Setiausahanya katakanlah Cik Salleh. Cik Salleh di lantik menjadi Setiausaha Persatuan Cuci Kubur. Cik Bakar menjadi Bendahari Persatuan Cuci Kubur”. Lalu benar-benar membersihkan tanah perkuburan tadi. Usaha kita itu dapat pahala atau tak dapat pahala? Adakah sampai kena tanya mufti dahulu?
Sah! Boleh pahala kerana tanah perkuburan jadi sedap mata memandang. Bersih. Walaupun mayat dalam kubur tak ada kesan apa, samada kubur naik hutan, kubur bersih mayat dalam kubur tetap sama keadaannya. Cuma kita yang masih hidup ini sedap mata memandang. Nyamuk pun tak ada, musang pun tak ada, tikus pun tak ada. Perkara ini molek, sudah tentu molek.
Contoh lain. Kita ajak orang kampung, “Marilah kita pakat-pakat tubuh persatuan jaga kampung di waktu malam. Banyak kejadian mencuri dalam kampung. Budak-budak dadah banyak. Budak-budak khianat pergi mengendap orang perempuan banyak berlaku. Marilah kita pakat-pakat buat persatuan jaga kampung”. Maka semua ikut ambil bahagian. Kita kata “ marilah, boleh pahala. Pergilah bersihkan tanah perkuburan boleh pahala. Marilah jaga malam, boleh pahala. Adakah kita kena pergi tanya mufti, boleh pahala atau tidak, usaha kita bersihkan tanah perkuburan dan dan jaga kampung di malam hari.? Jadi, kalau setakat NGO macam itu, pertubuhan – pertubuhan sukarela, sah boleh pahala bila buat kerja molek, tentulah buat kerja molek dalam perkara lain juga akan dapat pahala.
Hari Pembalasan
Para hadirin sekalian,
Masalah pahala. Persoalan dosa dan pahala bagi orang Islam tidak payah diajar banyak. Mula-mula nak jadi Islam dahulu pun kita diajar beriman dengan Allah, beriman dengan Rasul, itu ini dan Hari Akhirat. Hari akhirat mesti diyakini, selagi tak yakin selagi itu dia kena belajar. Selagi dia belum faham selagi itu dia boleh bertanya. Orang yang kenal soal, mesti jawab dengan jelas. Jangan dimarah, jangan diejek, sebab dia belum faham. Mesti di ajar sampai dia yakin. Jadi dalm ennam rukun iman, kita ambil beriman dengan Hari Akhirat.
Beriman dengan Hari Akhirat. Tujuan apa ada Hari akhirat? Tujuan untuk membalas. Dalam surah al-Fatihah juga disebut, ‘maa likiyau middiin’ – Tuhan yang memiliki sepenuhnya hari akhirat. Atau pun kita panggil hari embalas. ‘ walillahi ma fissamaa waa ti wal ard...’ – terlalu banyak ayat al-Quran yang menerangkan bahawa fungsi dan tujuan utama Tuhan sediakan alam akhirat ialah untuk melakukan pembalasan. Tuhan tidak akan balas hamba-hambanya, sama ada balasan baik atau balasan jahat, kecuali ada kaedah atau cara tertentu terlebih dahulu. Tidak boleh ikut jumpa orang, dibalas duduk dalam neraka. Ikut jumpa orang, masukkan dalam syurga. Itu bukan cara Tuhan.
Kalau manusia, ikut jumpa orang diberikan wang. Ikut jumpa orang, ditampar. Ini kita panggil orang gila. Jumpa aku, bagi wang, jumpa kamu bagi penampar. Jenis gila! Hendah ditampar, boleh! Biar ada kaedah. Apa salah saya? Bagi wang pada saya apa sebabnya? Saya miskin? Itu caranya.
Begitu juga Allah. Dia balas sama ada syurga atau neraka. Yang ketiga tidak ada. Syurga satu! Neraka satu!.
Duduk di mana, sama ada syurga atau neraka terletak atas kaedah yang diberikan kepada kita. Kaedah Tuhan yang di turunkan ke dunia ini ialah Quran. Tukang tafsir Quran yang pertama, Nabi Muhammad s.a.w. Tafsir Jalalin, Tafsir Tabari, Tafsir Kasyaf, Tafsir Zilal apa juga buku tafsir ini jatuh nombor dua, nombor tiga. Pentafsir Quran nombor satu, sebagaimana Peguam Negara yang tafsirkan undang-undang dan perlembagaan, pentafsir Quran ialah Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad ialah tafsir yang pertama- ‘wa anzalna ilaikazzikraa litubayyinannasi maa nuz zilla ilaihim’ – aku buat turun kepada kamu zikir, (Quran ni Tuhan namakan zikir) ialah untuk kita muzakarah selama-lamanya, tazkirah selama-lamanya, dengan tujuan kamu jelaskan kepada manusia pengertiannya. Aku bawa turun quran dari langit ni, kamu tukang tafsirnya. Perkataan kamu (Nabi Muhammad) merupakan tafsiran Quran, perbuatan kamu juga menjadi tafsir kepada Al-Quran, tindak tanduk kamu juga merupakan tafsir kepada Al-Quran. Bila Nabi Muhammad s.a.w wafat, ada yang menggantikannya yang dipanggil ‘ulama’. Oleh kerana itu, tiap-tiap ulama mesti bersikap dengan menjaga tutur kata serupa ajaran Al-Quran. Tingkahlaku kita serupa dengan Quran. Inilah Ulama. Kalau olok-olok beserban dan berjanggut, ini ulama tidak sebenar.
Baik lebai atau haji, lebih-lebih lagi para haji, mereka pergi ke Mekah,kutip batu untuk melontar syaitan. Ini simbolik bagi melontar syaitan. Kita binasakan syaitan di Mekah. Bila balik, kita berazam aku akan jadi orang mukmin. Tiba-tiba bila balik ke rumah jadi syaitan semula. Tentu kena pergi sekali lagi!
Jadi oleh yang demikian, dalam banyak-banyak ajaran Quran ialah ‘amar makruf nahi mungkar’. Perkara maaruf kena pakat-pakat laksanakan, kena pakat-pakat suruh orang lain sama-sama buat. Perkara mungkar, kena pakat-pakat tinggal dan pakat-pakat larang orang lain jangan dibuat sama. Allah Taala tidak buat senarai, benda moleknya senarai lengkap 1,2,3,4 tidak! Begitu juga benda buruk, tidak ada senarai lengkap 1,2,3,4 tidak!. Bahkan! Dia sebut yang pokok sahaja. Sembahyang, puasa, tolong orang, begitu begini jenis perkara molek. Perkara buruk bohong, zalim semua ini yang besar-besar. Selain dari itu,boleh difikirkan sendiri. Sebanyak mana perkara yang dikatakan molek dari allah Taala, bila dilakukan semuanya boleh pahala belaka. Dan sebanyak mana perkara yang Allah larang, jika dilakukan, semua dapat dosa
Kelantan dan Riba
(tunggu sambungannya,.....)
Ianya Bermula Di sini......... (1)

Tahun 1992
Malam itu Qin menunggu lagi di depan televisyen. Memang kebiasaannya hari Rabu malam Khamis tepat sahaja pukul 9.00 dia akan melongo menunggu di situ bersama jajan super ring di tangannya, ada drama bersiri kegemarannya yang ingin di tonton. Keris Hitam Bersepuh Emas adalah salah satu siri drama yang amat diminatinya...entah mengapa drama itu sangat menarik perhatiannya, boleh jadi ada sisa-sisa darah pendekar dalam tubuhnya..hahaha..dia sendiri pun tidak tahu....Qin menonton drama tersebut dengan penuh kusyuk bila ada sahaja adengan berlawan mulalah tangannya juga beraksi-aksi seperti dalam drama. Mak ngan bapanya dah masak sangat dengan perangainya dibiarkan sahaja Qin dalam dunia khayalannya. Qin amat teruja apabila Eman Manan pelakon dalam drama tersebut melakukan aksi pecah bunga dirasanya silat melayu begitu indah dan berseni.
Di padang bola semalam, Qin berbincang dengan Bob, Nazri, Nafizi dan Alif di mana mereka boleh belajar silat, kebetulan pula mereka mempunyai minat yang sama. “ Hangpa rasa kat mana kita boleh belajar silat? aku teringin sangat nak belajaq ni” soal Qin kepada kawan-kawannya. “Kalau hangpa semua nak aku boleh cari seorang guru untuk mengajar kita. Aku ada kenal seorang guru silat kat sini, tapi hangpa kena cari tempat la kat mana kita nak berlatih.” balas Bob yang merupakan anak seorang imam di Kampung Sekembang Bunga ini.
“ Tu tak jadi masalah nuuuu..atas bukit depan rumah aku kita bleh main, nanti kita pi pecerah kawasan tu”. sambut Nazri sambil menimang bola dengan kakinya.
Kalau dah macam tu nanti aku pi sembang-sembang ngan guru silat tu kalau dia setuju minggu depan kita bleh berlatih” balas Bob. Qin tersengeh mendengar persetujuan kawan-kawannya, dalam hatinya berbunga harapan nak menjadi seterer Eman Manan...
Dua minggu selepas itu
Malam itu lima orang sahabat berkumpul di atas bukit di hadapan rumah Nazri. hanya bercahayakan lampu pelita yang di pasang petang tadi cahaya kelihatan suram sahaja. Mereka menunggu kedatangan guru silat tersebut. dalam rancak berbual terdengar dari arah depan gelanggang orang memberi salam. mereka serentak membalasnya. rupanya guru yang ditunggu telah tiba.
Usai sahaja memberi sedikit penerangan dan memperkenalkan diri oleh guru tersebut, sesi latihan pun bermula. Latihan malam ini adalah latihan asas menumbuk. mereka di ajar tiga asas cara menumbuk. Yang pertama adalah menumbuk lurus, caranya apabila tangan kanan menumbuk tangan kiri mesti di sisi muka begitu juga teknik menumbuk cangkuk atau cedok salah satu tangan mesti mengawasi muka. Tidak boleh sekali-kali salah satu tangan berada di bawah. Malam itu mereka berlima bermandi peluh dengan latihan tersebut.
hari berganti hari, mereka mula belajar cara menggunakan siku pula Guru Ya yang mengajar mereka menunjukkan tiga cara untuk menggunakn siku. Qin teringat malam pertama ketika Guru Ya memberi penerangan kata Guru tersebut silat ini tak lama dalam tiga bulan sahaja boleh khatam. Yang paling menghairankan dah hampir satu bulan setengah satu cara pecah bungan pun tak di ajar oleh Guru Ya, ini amat menghairankan Qin padahal dia sangat teruja untuk bersilat seperti Eman Manan.
Malam seterusnya...
Malam ini Guru Ya menurunkan teknik menggunkan siku, siku pertama ialah siku tanam pergerakannya dari atas ke bawah.sasaran adalah di bahagian kepala dan muka, teknik siku kedua ialah siku lurus dan gerakan ketiga adalah siku naik, iaitu pergerakan siku dari bawah ke atas sasarannya adalah di kawasan dagu..Qin dan rakannnya mula berlatih hampir setengah jam mereka berlatih. Tiba-tiba Guru Ya bersuara “semua orang berkumpul. Nah ambil ni...”. semua mata memandang tercengang......
03 Januari 2011
KEGEMILANGAN DAN KERUNTUHAN ANDALUS

KEGEMILANGAN DAN KERUNTUHAN ANDALUS
15.05.2008 by Dr. Danial Zainal Abidin Category Islam & Cemerlang
Daripada Berita Harian Online, 20 April 2008. Tajuk: Ulul Albab: Meratapi Andalus Demi Merapatkan Umat, oleh Abdurrahman Haqqi. Permusuhan, kesenangan serta kecintaan terhadap dunia faktor keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol.
MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.” Begitulah ucapan seorang bonda Raja dalam sejarah Islam di Andalus, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kepada anaknya Abu Abdullah daripada puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pada 21 Muharram 897 Hijrah (H) yang memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dengan itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yang berkuasa selama 800 tahun.
Bani al-Ahmar adalah puak yang menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu Granada daripada 620 H hingga 897 H, pada tahun di mana perjanjian di atas dimeterai. Perjanjian yang membabitkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yang pada akhirnya tidak pernah direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun. Perjanjian ini akhirnya dimeterai kerana menerima banyak tekanan daripada orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dalam sejarah Islam pada 892 H. Pada masa itu ribuan umat Islam yang dijanjikan boleh menyelamatkan diri dengan berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Dalam kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka. Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi di dalam rumah, dengan lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang keperluan masing-masing. Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yang ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yang meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yang akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang ditinggalkan mereka sebelum membakarnya. Ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dengan pedang terhunus.
Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yang tidak boleh dilupakan. Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dalam kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.
Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yang kekal di negara itu. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dengan pelbagai ugutan dan seksaan yang sangat kejam, mengerikan dan menakutkan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yang mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim kerana terlalu perit dugaan yang dialami mereka.
Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pada tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang juga kawasan pergunungan.
Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Penguasa dan pemimpin Islam pada masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yang mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dengan katanya: “Aku memerlukan tambahan untuk otakku bukan untuk mengurangkannya.”
Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dengan serangan pemikiran dan budaya.
Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.
Di samping itu, antara punca lain yang membuat Andalus hilang daripada peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yang mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dengan wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan ada umat Islam yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.
Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dengan Raja Kristian Choinawi untuk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi dan membayar ‘jizyah’ tahunan kepadanya. Jizyah dalam Islam mesti dibayar bukan Islam kepada pemerintah Islam, tetapi apa yang dilakukan Abu Zaid yang beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kepada Choinawi yang beragama Kristian.
Lapan ratus tahun bukan masa yang singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan menjadikannya bangsa yang bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pada satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yang mempunyai seorang menteri pertahanan wanita, Carme Chacon yang boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dalam keadaan hamil seperti dilaporkan akhbar pada 14 April lalu.
Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dengan apa juga cara. Dengan mengambil contoh Andalus yang hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas daripada jalur yang lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kepada bukan Islam, kesenangan yang tidak terkawal dan kecintaan terhadap dunia, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana. Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pada permulaan tulisan ini akan terdengar kembali. Wallahu a’lam.
INTI PATI:
Perubahan hebat berlaku ke atas tamadun di serata dunia tidak terlepas daripada pengaruh Islam dan kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh Islam yang pernah berkuasa selama 800 tahun di Sepanyol dan Andalusia. Cahaya Islam pernah meresap masuk menguasai Eropah. Islam sudah berlabuh di Sepanyol hingga ke tembok Vienna. Islam tidak memisahkan agama dari negara dan menolak sekularisme dalam bentuk apapun yang bertujuan memisahkan agama daripada kehidupan yang menjadikan kehidupan lepas bebas daripada neraca agama. Apabila ketiga-tiga ciri dapat direalisasikan generasi Islam kini, konspirasi musuh Islam akan dapat diatasi.
FAKTA:
· Islam memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.
· Banyak warisan ditinggalkan tamadun Islam di Sepanyol.
· Tariq ibni Ziad mendarat di Gibralta pada 30 April 711 dan menamakan Sepanyol sebagai Al-Andalus.
· Pemerintah Islam membina istana yang besar dinamakan Alhambra dan masjid besar dinamakan Qardoba.
Hasil Nukilan :
Dr. Danial Zainal Abidin
dzcsyifa@streamyx.com
http://danialzainalabidin.com