23 September 2011

Tun Sepat

Ada pun Hakir yang kadang-kadang malas kadang-kadang rajin ini, baru juga menghabiskan sebuah novel sejarah Islam. Bila mana hakir selesai membacanya maka banyak pula yang bermain difikiran hakir ini.

Membaca novel perang di dalam islam ini menyebabkan hakir terpaksa mengkoreksi diri. Namun apa yang hakir tulis ini adalah pandangan hakir semata-mata, yang boleh jadi benar boleh jadi salah, adapun hakir tidak menyalahkan sesiapapun. Kalau ianya mempunyai kebaikan maka tuan-tuan ambillah sampai pengajaran adapun kalau banyak buruknya maka tuan-tuan buatlah sempadan.

Adapun bila seusai membaca kisah mengenai tokoh peperangan yang hebat ini. Hebatnya dia berperang kerana dia berperang mengikut cara Rasulullah. Selama mengikuti kisah perang ini hakir tertanya-tanya juga apa yang hakir telah buat selama ini.

Adapun Sultan Salahudin ini lah yang hakir maksudkan boleh jadi juga nanti hakir masukkan juga nama-nama panglima-panglima lain. Jika ditelesuri perjalanan peperangan mereka ini. Didapati mereka berperang dengan keringat, kekuatan fizikal dan mental, adanya strategi peperangan, doanya, persenjataan yang baik dan ciptaan senjata yang baru. Kebijaksanaan yang tidak terfikir oleh hakir,keberanian yang luar biasa.keimanan yang melangit tingginya.

Sultan salahudin al-Ayubi ini apabila dimedan perang ibarat seorang ibu yang kehilangan anaknya. Beliau kelihatan sentiasa berada diatas kuda bergerak dari penjuru medan perang ke penjuru medan perang yang lain sambil menyeru tenteranya berjuang kerana Allah. Mengikut kisahnya adalah bukan mudah untuk menguasai jurusalem kembali kalau tidak betul caranya hatta sudah sampai tentera Islam berjaya mengepung Kota itu pun masih belum dapat ditembusi maka sultan Salahudin sendiri yang meninjau kawasan tersebut dikelilinginya kota di gunakan kebijaksanaan bagaimana mahu menerobos kota yang berlapis-lapis itu. Maka berjayalah dia menemui kelemahan Kota itu.

Mengapa hakir membawa kisah ini?. Adapun hakir ini hanyalah seorang Melayu yang kerdil sahaja. Kalau ingin dibanggakan hanya disebabkan melayu sahaja maka hakir rasa terlalu lemah lah diri hakir ini. Kerana Hakir berpendapat Melayu ini hebatnya dan gahnya kerana dia membawa Islam yang syumul. Jika dia meninggalkan agama dari langit ini maka akan hina dina jadinya. Diperi kan cerita hakir ini kebetulannya amat suka denga seni beladiri tidak kira apa alirannya, entah dari mana munculmya minat ini tidak pula hakir ketahui. Maka agak berlama juga hakir dalam menekuni ilmu ini maka terjumpa jugalah hakir perkara-perkara yang pelik lagi mencarik adat namun tidak pula hakir nafikan seratus peratus akan kepelikkan ini.

Ada juga yang mengatakan orang melayu ini punya ilmu hebat-hebat sepertinya kalau di serang aik! Tidak mengena tersasar ke sana kemari seperti ada yang menangkis tetapi tidak kelihatan. Pengamal beladiri ini hanya membuat isyarat sahaja maka tiada serangan yang mengena. Jika dia mahu menyerang maka di isyarat sahaja dengan gaya tumbuk maka terperlantinglah sekalian makhluk. Wah! Sungguh hebat!

Adapun ilmu ini katanya boleh diperolehi dengan amalan tertentu juga.

Maka amat lah hairan di hati hakir kerana apabila ada sahaja persembahan begini begitu cepat pula setengah orang yang mengatakan ini adalah pakaian para wali. Ini adalah kuasa dari Allah. Adapun yang mengatakan bahawa ini kuasa dari Allah tidak hakir nafikan. Sesungguhnya Allah maha berkuasa. Perlu diingat juga hatta ilmu sihir pun akan berlaku jika mendapat izin dari-Nya.

Amma yang menjadi kerisauan di hati hakir benarkah ini pakaian para wali. Kerana kalau wali sungguh maka hakir tiada hairan tapi jika ramai pula yang boleh melakukannya fuh!.. Adakah semuanya para wali, adapun setahu hakir bukan sikap para wali menunjukkan karomahnya tidak menentu pasal. Takut fitnah pula jadinya tambah di zaman tuan-tuan nanti terlalu banyak fitnahnya hatta tilam dan bantal pun boleh menjadi saksi.

Selama hakir menuntut ilmu agama dulu yang kadang-kadang pergi yang kadang-kadang tidak, teringat juga hakir akan pembahagian perkara yang mencarik adat ini oleh Tuan guru hakir katanya ” adapun perkara pelik atau mencarik adat ini jika berlaku pada nabi-nabi maka itu dipanggil mukjizat, jika berlaku pada wali Allah maka itu di panggil karomah, jika berlaku pada orang biasa itu namanya maunah. Adapun sihir itu boleh berlaku juga kepada orang kafir mahupun orang islam yang menuntutnya, Cuma tidak tahulah bagaimana orang islam itu akan imannya. Kerana sihir ini bersekongkol dia dengan syaitan dan jin yang jahat dan seperkara lagi dipanggil istidraj yakni Allah bagi kepada mereka perkara mencarik adat itu sedangkan dia dalam keadaan derhaka. Maka adalah itu sebenarnya untuk menjauhkan lagi dia dari Allah kerana dia terlalu mengikut hawa nafsunya dan terlalu juga menuntut dunia.

Maka berkata-kata juga hakir di dalam hati maka ilmu pelanting mempelanting ini duduknya di kelompok mana. Itu bukan lagi yang jenis tetak tak lut . Pada pandangan hakir kalau nak dikatakan karomah maka hakir rasa perlu diperhati dengan sehalus-halusnya. Namun hakir tidak pula menghukum sebarangan cuma hakir pinta kita perlu mengkaji dan meniliti terlebih dahulu. Apa yang hakir risau kita menerima tanpa usul-periksa maka takut-takut jika tersalah langkah kita termasuk dalam kelompok sihir.

Adapun pada pandangan hakir kalau ianya maunah maka maunah ini berlakunya bukanlah selalu-selalu hatta berlakunya adalah dengan kehendak yang Maha Kuasa jua, bukan ketentuan kita. Bukannya apa, kadangkala ada yang beranggapan kalau kita baca ayat ini ayat itu maka mesti kena jadi, ibaratnya seperti kita memaksa Allah pula untuk menerima doa yang dibaca maka adakah ianya begitu?

Adapun dalam pada pengamatan hakir yang tidak berapa pandai ini, kalau lah perkara hebat lagi pelik ini terboleh sangat jadinya pada nabi-nabi pada sahabat yang imannnya sangat hebat dan kepada mereka-mereka yang pernah memimpin angkatan perang Islam. Apa tidaknya kalau kita lihat Rasulullah juga berperang hatta mengalami cedera dan luka juga adanya, sedangkan baginda adalah kekasih Allah. Namun tidak dinafikan banyak pertolongan Allah sampai, itu boleh kita telesuri juga seperti dalam perang badar. Ada pun seperti Saidina Ali orang yang hebat juga mengangkat senjata dan berperang juga, maka cedera dan luka itu perkara biasa juga pada dirinya.

Maka hakir juga berpendapat agar di hayati juga mereka-mereka seperti Khalid al-walid yang tidak pernah kalah dalam setiap peperangan yang dipimpinnya tapi beliau berperang tidak lain tidak bukan adalah kerana Allah juga semata-mata. Tidak gila akan jawatan dan pangkat sebagaimana sekarang ini. Yang kadang-kadang jika dilihat perebutan kuasa dan jawatan itu hanyalah sebuah pertubuhan kecil sahaja.

Maka boleh juga di tekuni kehebatan dan kecerdikan Sultan Muhammad al-Fateh di zamannya. Yang kapal berlayar di atas daratan. Penggunaan meriam dalam peperangan.

Ah! Nampaknya dah terlalu panjang cerita hakir ini, cukuplah sampai di sini. Adapun untuk mengingat kembali, kisah ini hakir nukilkan adalah pandangan hakir semata-mata tidaklah hakir mengata kepada sesiapa. Sekadar ingatan pada diri hakir juga sebenarnya.

Yang mengisahkan kisah:

Tun Sepat

22 Julai 2011

Macamanalah Dengan Aku ni?....



Syeikh Ibnu Atha'illah as-Sakandari rhm berkata dalam Kitab hikamnya " Boleh jadi Allah membuka untukmu pintu ketaatan, tetapi tidak membuka untukmu pintu penerimaan. boleh jadi pula, Dia mentakdirkan engkau membuat berbuat dosa, lalu dosa itu menjadi sebab kamu sampai kepada-Nya (melalui taubat dan sebagainya)"

Syeikh al-buthi hafizhahullah berkata:" Bukan semua amalan taat merupakan jalan untuk mendapat pahala Allah dan keredhaanNya. Begitu juga, bukan semua maksiat membawa kemurkaan Allah dan hukuman-Nya. Tetapi yang diambil kira adalah keadaan orang yang taat dan niatnya dalam ketaatan. Begitu juga halnya dengan orang yang membuat maksiat"

Jesteru ketaatan mestilah disertakan dengan keikhlasan tanpa ada ujub, riyak, takabbur dan segala sifat mazmumah.

Mafhum Hikmah
Penerimaan ibadat lebih penting daripada ibadat. jesteru pelaksanaan ibadat dengan ikhlas dan cukup segala syaratnya akan menjadikan ibadat itu sah dan diterima oleh Allah SWT. Jika sebaliknya ia mungkin ditolak dan tidak diterima.

Adakalanya kesilapan melakukan maksiat menjadi sebab kepada taubat nasuha sehingga seseorang itu bertukar menjadi hamba yang soleh.

Amalan taat yang dilakukan seseorang hamba tidak semestinya akan diterima Allah SWT. begitu juga sesuatu dosa mungkin menyebabkan seseorang hamba dekat kepada Tuhannya, iaitu melalui taubat dan sebagainya.

Iktibar Hikmah

1. Menurut Syeikh Zarruq rhm, sebab penerimaan amalan taat ada tiga perkara iaitu:
  • Taqwa kepada Allah SWT
  • ikhlas kepadaNya
  • bertepatan dengan sunnah Nabi SAW dan mengikut cara yang sebenar.
2. Taqwa kepada Allah SWT merupakan salah satu syarat penerimaan sesuatu amalan , sebagaimana firman Allah yang maksudnya " sesungguhnya Allah hanya menerima daripada orang yang bertaqwa" (surah al-Maidah 5:27)

Dalam menghuraikan ayat ini Sayyid Quthub rhm berkata : " demikianlah dengan kejujuran Habil as mengembalikan urusan penerimaan korban itun kepada pokok pangkalnya yang sebenar, iaitu taqwa. dengan penuh iman beliau memahami sebab penerimaan itu. Dengan bimbingan yang halus beliau menyarankan kepada saudaranya yang mahu melampaui batas itu supaya bertaqwa kepada Allah SWT. Beliau juga menunjukkan kepadanya jalan yang sebenar untuk mendapat kan penerimaan itu. selain itu beliau menggunkan sindiran yang amat lembut dan seni tanpa mengguriskan hati saudaranya dan membakar perasaannya.

3. Setiap amalan yang tidak disertakan dengan taqwa hanyalah menyebabkan kepenatan tanpa sebarang faedah.

4. Keikhlasan kepada Allah adalah syarat asas dalam penerimaan sesuatu amalan soleh. Amalan soleh tidak akan diterima kecuali jika dikerjakan dengan niat ikhlas kepada Allah SWT semata-mata, sebagaimna firmannya dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:

" Akulah sekutu yang paling tidak berhajat kepada penyekutuan. sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang dia sekutukan padanya sesuatu yang lain bersama Ku, nescaya Aku tinggalkannya bersama sekutunya"
(Diriwayat oleh Imam Ibnu Majah. Para perawi hadis ini tsiqah)


5. Allah berfirman :

`¨B tb%x. ߃̍ムs's#Å_$yèø9$# $uZù=¤ftã ¼çms9 $ygŠÏù $tB âä!$t±nS `yJÏ9 ߃̍œR ¢OèO $oYù=yèy_ ¼çms9 tL©èygy_ $yg8n=óÁtƒ $YBqãBõtB #Yqãmô¨B ÇÊÑÈ

18. Sesiapa Yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya Dalam dunia apa Yang Kami kehendaki, bagi sesiapa Yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya Dalam keadaan Yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.

(Surah al-Isra' 17:18)

Berhubung dengan ayat ini Sayyid Quthub rhm berkata ayat ini berkaitan dengan kesudahan golongan yang memilih kesenangan hidup dunia dan kesudahan golongan yang memilih kesenangan hidup akhirat. ia juga berkaitan dengan pemberian Allah SWT kepada dua golongan itu didunia di akhirat. semuanya berlansung mengikut sunnah dan peratura yang tetap dan tidak berubah. Tiada sesuatu pun daripada perkara-perkara tersebutberlaku secara sia-sia"

Imam Qurtubi rhm pula berkata yang di maksudkan dengan perkataan s's#Å_$yèø9$#
maknanya 'yang segera' yang disebut kan dalam ayat diatas ialah nikmat dan kesenangan hidup di dunia ini"

6. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a Nabi SAW brsabda:" Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa habuan daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga. Betapa ramai orang yang bangun malam (mengerjakan ibadat qiyamulail) tidak mendapat apa-apa daripada bangun malamnya kecuali berjaga malam dan letih semata-mata ( yakni mereka tidak mendapat apa-apa pahala daripada amalan masing-masing kerana riyak atau sebagainya)

7. seorang ahli hikmah rhm berkata "orang arif ( yang benar-benar mengenali Allah SWT ) ada enam sifat:
  1. Apabila mengingati Allah SWT, dia berbangga
  2. Apabila mengingati diri sendiri , dia merasa kerdil dan rendah diri
  3. Apabila melihat ayat-ayat Allah SWT dia mengambil iktibar dan pengajaran
  4. Apabila ingin melakukan maksiat, dia menahan diri
  5. Apabila mengingati pengampunan Allah SWT dia gembira
  6. Apabila mengingati dosa-dosanya pula dia meminta ampun"
Ini lah sebahagian kecil isi kandungan kitab al-Hikam karangan Imam Tajuddin Ahmad Bin Muhammad Bin Abdul Karim Bin 'Atha'illah As Sakandari yang diterjemahkan oleh Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan di terbitkan oleh Telaga biru.

Apabila aku membacanya aku mula terasa sangat teruja aku mula terasa bagaimanakah dengan diriku ini. Adakah amalan ku selama ini diterima Allah. Bagaimana selama ini perjalanan hidupku Jangankan dengan membuat amalan soleh ...Aku juga tertanya-tanya adakah ilmu silat yang aku belajar dan yang aku mengajar selama ini ada bait-bait keikhlasan atau hanya berbaur keegoan dan kesombongan.....sungguh ini sangat perlu diperhaluskan... semoga perjalanan ini akan membawa kepada lagi lebih perasaan berhati-hati dan doa ku agar Allah memudahkan pada ku dalam perjalanan ini dan memberi keselamatan dan hidayah selama-lamanya amin...

(monolog diri)

19 Mei 2011

Pandangan Mata..Muah!

Kita biasa melihat diri kita dicermin. Ini perkara yang biasa kita lakukan. Tahukah kita sebenarnya kita boleh melihat diri kita dari empat jenis pandangan. mari kita lihat dengan apa kita pandang diri kita.

Cuba bayangkan kita kini berada di hadapan cermin. Apabila kita memandang dengan pandangan biasa (biasanya hari-hari kita memandangnya begitu), kita akan akui itulah diri kita. Kemaskan rambut, betulkan tudung, rapikan baju atau menekan jerawat dimuka kemudian kita pun berlalu. Itulah pandangan mata biasa.

Tetapi! jika kita memandang dengan akal fikiran maka mulalah otak kita membuat analisa diri sendiri terhadap wajah kita yang terpantul dari cermin. "alamak! aku nampak makin tembam"

"Eh sejak pakai krim fair and lovely makin putih pulak muka aku ni hehehe" atau tak sangka rambut aku dah penuh dengan uban" . Bagitulah hasil analisa akal menerusi pandangannya. hasil pandang itu kita mula mengambil tindakan-tindakan sewajarnya kita mula bertindak mengurangkan berat badan, membetulkan kedudukan pakaian, menggunakan bahan-bahan anti penuaan dan macam-macam lagi.

Awas! diri kita juga boleh dilihat dengan pandangan nafsu. Apa kata nafsu yang berbaur kejahatan?

(kalau kita muda) "eleh!, muda hanya sekali inilah masanya aku nak enjoy habis-habisan kalau tak bila lagi..Yo! kawan-kawan mana lain disco yang paling gempak aku ingin ke sana".

"kau gila kau nak ajak aku pakai tudung ..orang kata kalau aku buka tudung wajah aku mirip kristen pelakon twiligh saga pergh!... cun tu..kalau aku pakai tudung takde la mirip pelakon tu.."

Bersambung….

10 April 2011

Tikus Punya Cerita

TIKUS DAN AHLI SIHIR

Ada satu cerita yang boleh menggambarkan betapa kuatnya peranan hati dalam kehidupan. Seekor tikus telah bersahabat dengan seprang ahli sihir. Pada satu hari, tikus mengadu yang ia sentiasa diburu oleh seekor kucing yang ada dalam rumah itu. Lalu ia memohon kepada ahli sihir untuk menukar dirinya menjadi seekor kucing yang besar.

“Permintaannya ditunaikan. Tikus sekarang telah bertukar menjadi kucing yang besar dan ia memburu kucing dalam rumah tersebut”

Tikus yang bertukar menjadi kucing itu kemudian keluar dari rumah. Di luar rumah ia diburu pula oleh seekor anjing. Ia lari ketakutan dan menemui ahli sihir sahabatnya ia meminta agar dirinya di tukar menjadi seekor anjing yang lebih besar. Ahli sihir pun menunaikan permintaaanya. Tikus yang menjadi anjing besar itupun mengejar anjing tersebut. Tetapi tidak lama kemudian, anjing yang besar itu dibaling dengan batu oleh seorang budak di kawasan itu. Tikus yang bertukar menjadi anjing itupun lari lintang pukang.

“Tolong tukarkan saya menjadi budak yang lebih besar”, pintanya kepada ahli sihir

Tetapi kali ini ahli sihir menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berkata, “ tidak ada gunanya aku menukar bentuk kamu kepada yang lain…..”

“Sebab apa?” Tikus itu bertanya.

“Sebab walaupun rupa paras kamu boleh diubah, tetapi hati kamu tetap hati tikus!”

03 April 2011

Berkebajikan sebagai aset menghadapi akhirat

Berkebajikan sebagai aset menghadapi akhirat

Semasa Yang Berhormat Dr. Siti Mariah Mahmood dan Yang Berhormat Senator Mumtaz Md Nawi mengunjungi saya bagi mendapatkan beberapa tip untuk meningkatkan amal kebajikan dalam parti, maka saya telah menyebutkan beberapa pengamatan yang dikira berkaitan dengan seruan meningkatkan iman dan takwa demi menjadi seorang insan yang berkebajikan. Ia adalah ramuan berkebajikan menghadapi akhirat.

1. Mengikut ajaran Al-Quran, dalam surah al-Mulk bererti Kerajaan. Semua Kerajaan hendaklah mengamalkan sistem yang sama dengan kehendak Kerajaan Allah Subhanahu wa Taala. Firman Allah (Al-Quran surah al-Mulk ayat 1):

Bermaksud: “Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai Kerajaan/pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

2. Allah Subhanahu wa Taala berkuasa buat dunia maka Dia juga penuh berkuasa membuat akhirat.

3. KPI dan standard adalah mengikut ukuran hukum Allah Subhanahu wa Taala, standard teramat baik (ahsan) harus sama dengan Islam, kalau tidak ia akan menjadi teramat jahat (aswauu).

4. Hikmah bersolat jamaah ialah ibadat dan dapat bertanya khabar hal ehwal kehidupan dengan masyarakat sekeliling.

5. Segala amalan dan pahala adalah saham (asset) dan pelaburan akhirat.

6. Namun kerana jarak kita dan Nabi Sallallahu alaihi wasallam adalah jauh, maka banyaklah rintangan serta halangan yang perlu kita tempuhi. Segala-galanya dapat dihadapi dengan kembali kepada Al-Quran dan as-Sunnah yang diwariskan oleh Nabi Sallallahu alaihi wasallam kepada kita.

7. Suci air hujan yang turun di puncak bukit biasanya akan berubah bila sampai di kuala sungai. Selalunya air itu akan keruh dan ada macam-macam di dalamnya kerana laluan airnya sepanjang sungai sejauh ribuan kilometer. Untuk minum perlulah ditapis.

8. Maka bila kita hendak terima atau menilai sesuatu agar benar-benar diterima Allah, gunalah tapisan bersandarkan Al-Quran dan as-Sunnah.

9. Sadaqah bermaksud benar, maka dengan memberi sedekah adalah satu manifestasi dan terjemahan iman seorang Muslim yang beribadat kepada Allah Subhanahu wa Taala.

10. Surah Al-Fatihah itu adalah ikrar dan bai’ah harian orang Mukmin atas lafaz syahadahnya.

11. Perintah pertama berkait Iqra’ adalah mula membaca ‘dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah dan Pengasih,’ yang mencipta segala-galanya,

12. Manusia akan mati––berakhir riwayat dengan kematian––pengakhirnya adalah sama ada syurga atau neraka.

13. Di dalam surah Al-Hadid, disebut Iman dan Infaq secara beregu dan pakej. Firman Allah (Al-Quran surah al-Hadid ayat 7):

Bermaksud: “Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar.

14. Hakikatnya manusia adalah penjaga harta milik penuh Allah Subhanahu wa Taala. Jadi manusia tidak perlu ragu dan lokek (kedekut) untuk membelanjakannya mengikut kehendak agama dan membantu orang lain.

15. Tiada ideologi dunia akan sebut pahala, hanya Allah Subhanahu wa Taala yang menyebut dan menerangkan mengenai pahala. Ini bermaksud Islam adalah mengutamakan pahala.

16. Oleh kerana itu, manusia yang belajar ideologi seperti sekular, nasionalis, sosialis atau sebagainya, akan sukar dan tidak memahami makna pahala dan kebangkitan semula selepas mati. Ini kerana secara logikanya manusia akan hancur sepenuhnya bila mati, maka apa gunanya pahala di sisi ideologi tersebut.

17. Salah satu jalan mencapai pahala adalah menjalankan aktiviti kebajikan. Antara yang harus diberi perhatian utama ialah menziarahi orang sakit dan mereka ditimpa bencana. Begitu juga mempersaudarakan antara insan/hamba Allah dan tolong-menolong adalah kerja agama yang perlu dibuat sepanjang masa. Natijahnya pahala yang diperolehi bakal membahagiakan pada hari akhirat.

18. Benarlah kata Khadijah Radiallahu anha, ketika Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam pulang dari Gua Hira’, Nabi Sallallahu alaihi wasallam sebelumnya adalah seorang yang prihatin dan berkebajikan kepada kaum keluarga dan orang miskin. Begitu pula setelah menerima Islam dan menjadi Nabi, maka baginda tetap meneruskan amalan kebajikan dan berkhidmat untuk semua orang, malah diteruskan dengan lebih cemerlang dan terarah.

Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
merangkap Mursyidul Am PAS.

Kota Darulnaim,
KOTA BHARU.
18 Rabiul Akhir 1432/23 Mac 2011.