11 Mac 2011

Halia Bantu atasi Hidung Tersumbat



Halia Bantu atasi Hidung Tersumbat

Siapa yang pernah mengalami selsema sahaja yang tahu betapa ianya menyeksakan, Sakit kepala, hidung berair dan tersumbat, mata terasa panas kadang-kadang membawa demam dan batuk. Lebih menyesakan lagi apabila ianya menyerang di waktu malam sukarnya untuk melelapkan mata.

Kesan daripada selsema ini juga biasanya menjadikan hidung tersumbat. Ini kerana mukus (lendir atau hingus) berkumpul di dalam hidung. Cara biasa kita mengeluarkannya adalah dengan menghembuskannnya di tandas atau di atas tisu. Ini satu lagi “penyeksaan” apabila kena kerap kali berulang ke tandas atau sinki di rumah.

Namun begitu untuk mengatasi masalah hidung tersumbat ini sebenarnya ada tip tersendiri. Mungkin ianya berguna kepada kita satu masa nanti ikutilah panduan ini:

1.Minum banyak air

Petua ini biasa kita dengar, badan kita terdiri daripada 70% daripada air. Kita perlu minum paling tidak 8 gelas air sehari. Sebenarnya air ini juga penting untuk mengekalkan cairan di dalam tubuh agar keadaan dalm hidung kekal lembab bagi membantunya lebih kebal terhadap jangkitan penyakit.

2.Ambil Vitamin C

Banyakkan pengambilan vitamin C. Jangan risau sekiranya anda termakan lebih vitamin C, kerana ianya tidak merbahaya dan proses perkumuhan (membuang air kecil akan menyingkirnya dari badan). Anda juga boleh dapatkan vitamin C dari buah-buahan tidak semestinya pil.

3.Kunyah Halia

Inilah salah satu kelebihan halia, selain boleh membuag angin dari badan. Ianya juga membantu melegakan hidung tersumbat dengar cara memakannya. Ambil tiga hirisan atau tiga potong halia setiap hari ketika anda dijangkiti selsema. InsyaAllah mujarab.


2 ulasan:

  1. Ada cara mudah elak selsema dan resdung. tapi kita selalu ambil mudah dan buat tak kisah.

    sebelum berwudhu' masukkan air ke dalam hidung dan hembuskan semula. hembus sedrhana kuat. insyaAllah, terhindar dari penyakit berkaitan hidung

    BalasPadam
  2. wah! bagus maklumat ini satu ilmu yang mungkin kita buat tapi tak perasan terima kasih kawan2

    BalasPadam