03 Oktober 2012

EBOOK: SIMBAT SELENGAN

Ebook simbat selengan
E-BOOK: PELAJARAN SIMBAT SELENGAN (VERSI PERTAMA)

TERDAPAT 7 JENIS SET PELAJARAN  PERMAIANAN  SIMBAT DAN INI MERUPAKAN SET ATAU VERSI PERTAMA






 Preview Ebook : Simbat Selengan
 Terdapat 20% gambar rajah seperti di sebelah yang menunjukkan cara pergerakan tapak. Ini untuk memudahkan saudara mempelajarinya.










Mengapa E-Book ini di tulis:
Sebagai Satu Perkongsian Ilmu Antara Ahli-Ahli Gayong Yang Ada Di Seluruh Tanahair
Sebagai Rujukkan Kepada Gurulatih Yang Mengajar Di Mana-Mana Gelanggang
Menambah Lagi Ilmu Dan Pelajaran Dalam Silat Seni Gayong
Sebagai Simpanan Peribadi Ahli-Ahli Gayong Sendiri
Agar Kita Dapat Kembali Bersatu Dan Mengiktiraf Sesama Pertubuhan Antara Kita
Sebagai Satu Dokumentasi Agar Ilmu Ini Tidak Hilang Begitu Sahaja.

Apakah Jenis Pelajaran Yang Terdapat Di Dalam E-Book Ini?
Dengan membeli E-Book: Simbat (Selengan) Ini Anda boleh mempelajari dan mengetahui:
1. Gerakan Simbat
2. 7 Asas Elakan simbat
3. 7 Biji Buah Simbat
4. Pentas Simbat
  • Dapatkan SEGERA! E-Book ini, kerana ianya di Jual sangat TERHAD! hanya untuk Ahli Gayong sahaja 

  • Berapa Nilai dan Harga E-Book Ini?
  • E-Book ini hanya bernilai
  • RM30.00 
    sahaja.


Bagaimana Anda Boleh Dapatkan Buku Ini?

Anda boleh dapatkan buku ini dengan membeli terus daripada saya melalui internet. Sila pilih salah satu daripada kaedah bayaran seperti di bawah.

Buku ini adalah dalam bentuk e-book (format pdf). Sebaik sahaja saya menerima bayaran yang anda buat, saya akan e-mel buku ini terus kepada anda. Pastikan anda memberikan alamat e-mail yang betul
Kaedah Bayaran
1. Pindah wang RM30.00 melalui Maybank2u / bank transfer
Bank
Maybank
No Akaun
162133218835
Nama
Mohamad.Rizal B Rejab
E-mel
sms :019-3623059
Selepas bayaran dibuat, sila e-mel ataupun sms maklumat bayaran
yang dibuat seperti tarikh, masa dan tempat ATAU

- E-melkan makluman pindah wang kepadakiaisepuh3036@gmail.com
- E-melkan juga nama penuh anda
2. Bayar RM30.00 menggunakan Mesin Deposit Tunai Maybank
Bank
Maybank
No Akaun
162133218835
Nama Syarikat
Mohamad.Rizal B Rejab
SMS
019-3623059

Selepas bayaran dibuat, sila e-mel ataupun sms maklumat bayaran
yang dibuat seperti tarikh, masa dan tempat

- E-mel atau sms juga nama penuh anda dan e-mel ke
E-mel
kiaisepuh3036@gmail.com
Sms
019-3623059
Kaedah Bayaran
1. Pindah wang RM30.00 melalui CIMB Bank / bank transfer
Bank
CIMB Bank
No Akaun
12440002714204
Nama
Mohamad.Rizal B Rejab
E-mel
sms :019-3623059

- Selepas bayaran dibuat, sila e-mel ataupun sms maklumat bayaran
yang dibuat seperti tarikh, masa dan tempat
- E-melkan makluman pindah wang kepadakiaisepuh3036@gmail.com
- E-melkan juga nama penuh anda
2. Bayar RM30.00 menggunakan Mesin Deposit Tunai CIMB Bank
Bank
CIMB Bank
No Akaun
12440002714204
Nama Syarikat
Mohamad.Rizal B Rejab
SMS
019-3623059

Selepas bayaran dibuat, sila e-mel ataupun sms maklumat bayaran
yang dibuat seperti tarikh, masa dan tempat

- E-mel atau sms juga nama penuh anda dan e-mel ke
E-mel
kiaisepuh3036@gmail.com
Sms
019-3623059



PERHATIAN: Penghantaran ebook ini akan di buat bermula pada 7.10.2012 (Ahad)



06 Ogos 2012

Pengemis Kaya


Entah bagaimana setelah berbual-bual dengan sahabat ku Uda di talian telefon , tiba tiba tangan ku terpegang sebuah buku yang bertajuk “Diari Hidup Rasulullah s.a.w-Menjejak Sunnah utama Rasulullah s.a.w dalam sehari, bagi tujuh hari seminggu yang produktif” 

Di sini buat masa ini aku bukan ingin mengulas apakah amalan yang di anjurkan Nabi itu. Cuma aku ingin membawa sebuah kisah yang di nukilkan oleh pengarangnya di bahagian pendahuluan bukunya, Boleh jadi kisah itu akan memberi manfaat yang banyak kepada kita.

Kata pengarang buku ini bukan semua aku nukilkan di sini “...Hari ini kita belajar supaya tidak terlalu berharap bagi mendapat keajaiban yang bukan milik kita kerana Allah menyediakan keajaiban yang berbeza-beza bagi setiap sesiapa, iaitu kepada orang yang berharap dan bergantung kepadanya. Kita sendiri adalah keajaiban. Kita memiliki Allah sumber segala keajaiban yang selalu memberi perkara ajaib kepada kita.

Inilah Kisah yang dinukilan dalam buku ini:

Pada suatu hari, sepasang suami isteri sedang makan di rumah mreka. Tiba-tiba pintu rumah diketuk oleh seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis yang daif itu. Si isteri berasa terharu dan mahu memberi makanan kepadanya. Tetapi sebagai isteri yang taat dan patuh pada suaminya, dia minta izin terlebih dahulu. “Bolehkah saya memberi makanan kepada pengemis itu?”

Rupa-rupanya sikap si suami berbeza dengan sikap si isteri. Dengan suara lantang dan kasar, dia menjawab, “ Tidak payah! Halau sahaja dia dan tutup pintu!”

Wanita berhati mulis itu terpaksa menurut perintah suaminya dan tidak memberikan makanan kepada pengemis. Tidak lama selepas itu, perniagaanya si suami mengalami kemerosotan dan akhirnya dia bankrap. Dia terpaksa menanggung banyak hutang. Selain itu, disebabkan oleh sifat dan tabiat suami isteri yang berbeza, rumah tangga mereka menjadi huru haradan akhirnya mereka bercerai.

Tidak lama selepas tempoh iddahnya tamat, wanita itu berkhawin semula. Kali ini dia berkhawin dengan seorang ahli perniagaan di kota dan hidup bahagia. Pada suatu hari, semasa wanita itu sedang makan bersama suami barunya.rumah mereka diketuk orang. Apabila pintu dibuka ternyata tetamu yang tidak diundang itu adalah seorang pengemis yang daif. Lantas dia berkata pada suaminya, “Bolehkah saya memberi makanan pada pengemis ini?”

“Ya berilah makanan pada pengemis itu”

Selepas memberi pengemis itu makanan,si isteri masuk ke dalam rumah sambil menangis. Dengan perasaan hairan si suami bertanya, “Mengapa kamu menangis? Adakah kerana saya menyuruh kamu memberi daging ayam kepada pengemis itu?”

Si isteri menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan sedih, “saya sedih dengan perjalanan takdir yang menakjubkan. Kamu tahukah siapa pengemis yang ada di luar tadi? Dia adalah bekas ssuami ku”

Mendengar penjelasan isterinya, si suami berasa terkejut, tetapi dia bertanya lagi, “ Tahukah kamu siapa saya yang kini menjadi suami kamu?” Saya adalah pengemis yang dahuu dihalaunya!”

Allahu akbar. Siapa yang mengatur semua peristiwa ini? Tentulah Zat yang pastinyaMaha berkuasa ke atas semua ciptaanya. Kita dan semua peristiwa yang berlaku dalamnyatunduk pada ketentuan Tuhan.
  

31 Julai 2012

MARI MAKSIMUMKAN BONUS RAMADHAN


MARI MAKSIMUMKAN BONUS RAMADHAN
Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.


2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda :
" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770).

Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).

Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).

Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witir dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).

Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum  tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.


3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.
Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaimana di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-
ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع
Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar,)

Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم
Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)


5) Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka
Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :
إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد
Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)


6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.
Berdasarkan hadith Nabi SAW :
لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر
Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepanjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).

Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita.
Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.
كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن ‏ ‏حسا ‏ ‏حسوات ‏ ‏من ماء
Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)
Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu
ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله
" Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"
Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah urat leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani). Atau doa-doa makan yang biasa.


8) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda :
من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).
Disebut dalam sebuah hadis lain
ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة
Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )


9)  Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih. Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.


10) Bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.


11) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :
Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).

Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

Sekian dan Ramadhan Kareem..
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
28 Syaaban 1428 H
10 September 2007

Semoga kita sama-sama dapat mengamalkannya kalau tidak semua mungkin sebahagian daripadanya InsyAllah..