21 Mac 2012

Kota Larangan (Bahagian 1)


Pagi itu suasana amat tenang sekali kabus bagai malu-malu beredar dari pergunungan. Dari jauh kelihatan Gunung Mao seperti sedang gagah memanjat awan. Perjalanan yang jauh lagi berliku telah menyampaikan mereka di sini. Kedatangan yang menggalas titah yang berat mesti dilaksanakan sesempurna mungkin lamun Hang Jebat ketika sedang duduk berehat dengan rombongan di Raja yang lain. “Begitu indah dan menakjubkan taman ini, rekabentuk bunga teratai dicipta menjadi kolam dan tempat duduk malah begitu banyak bunga teratai yang terapung-apung di kolam ini”. Berbisik perlahan Hang Jebat kepada dirinya ketika sedang berehat di Balai Menanti di luar Kota Larangan. Namun ketenangannya tiba-tiba menghilang apabila Hang Jebat terasa ada desir angin keruh lagi menggerunkan datang menyapa naluri sufinya. Dari jauh nampak seperti awan hitam mengikuti sekumpulan penunggang kuda berpedati merah.

Sebagai Hulubalang terbilang Melaka Hang jebat bukan calang-calang orangnya.Hang Jebat sempat berguru dengan Wali Sufi di negeri Acheh satu ketika dulu semasa Kerajaan Melaka menghantar kunjungan persahabatan ke negeri tersebut. Apabila rombongan persahabtan Kerajaan Melaka pulang, Hang Jebat meminta izin sahabatnya, Hang Tuah selaku Laksamana Di Raja untuk tinggal beberapa purnama di sana. Banyak yang tidak tahu rahsia tentang dirinya hatta Hang Tuah sendiri. Malah hang Jebat juga pernah bersahabat dengan Laksamana Sunan anak asuhan Wali Sufi yang terhandal itu. Banyak ilmu kebatinan dan agama yang dipelajarinya....(bersambung)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan