ISTIGHFAR ADALAH KUNCI REZEKI
Istighfar merupakan sebab yang paling utama dan palingpenting untuk mendatangkan rezeki dengan anugerah dari Allah s.w.t. sebagaimana firman Allah s.w.t yang mengisahkan tentang Nabi Nuh a.s
àMù=à)sù (#rãÏÿøótFó™$# öNä3/u‘ ¼çm¯RÎ) šc%x. #Y‘$¤ÿxî ÇÊÉÈ È@Å™öムuä!$yJ¡¡9$# /ä3ø‹n=tæ #Y‘#u‘ô‰ÏiB ÇÊÊÈ /ä.÷ŠÏ‰ôJãƒur 5AºuqøBr'Î/ tûüÏZt/ur @yèøgs†ur ö/ä3©9 ;M»¨Zy_ @yèøgs†ur ö/ä3©9 #\»pk÷Xr& ÇÊËÈ
10. "Sehingga Aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya adalah ia Maha Pengampun.
11. "(Sekiranya kamu berbuat demikian), ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
12. "Dan ia akan memberi kepada kamu Dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
Perihal Nabi Hud Allah berfirman:
ÏQöqs)»tƒur (#rãÏÿøótFó™$# öNä3/u‘ ¢OèO (#þqç/qè? Ïmø‹s9Î) È@Å™öムuä!$yJ¡¡9$# Nà6ø‹n=tæ #Y‘#u‘ô‰ÏiB öNà2÷ŠÌ“tƒur ¸o§qè% 4’n<Î) öNä3Ï?§qè% Ÿwur (#öq©9uqtGs? šúüÏBÌøgèC ÇÎËÈ
52. Dan Wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu Yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku Dengan terus melakukan dosa!
Dalam ayat-ayat tersebut Allah menyatakan bahawa istighfar memiliki faedah sebagai berikut:
1. turunnya hujan yang silih berganti. Ibnu Abbas menafsirkan yang sangat lebat dengan peristiwa fenomena turunnya hujan susul menyusul antara satu sama lain.
2. kebun-kebun dan taman-taman yang indah
3. mengalir sungai-sungai yang airnya tawar
Al-qurtubi mengatakan ayat-ayat tersebut merupakan dalil bahawa istighfar boleh menjadi sebab turunnya rezeki dan hujan.
Sedangkan Al-Hafiz Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyatakan jika kamu bertaubat kepada Allah s.w.t memohon keampunan kepada-NYA dan taat terhadapNYA nescaya rezeki kamu akan bertambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan