14 Disember 2010

PAYUNG TERJUN


PAYUNG TERJUN

Satu petang yang mendung sebuah pesawat Fokker50, milik sebuah syarikat penerbangan, terbang melintasi hutan hujan Gondwanan berdekatan Teluk Byron. Pesawat itu di tempah khas membawa beberapa orang penting. Di dalamnya terdapat tujuh orang penumpang mereka terdiri dari juruterbang, penolong juruterbang, seorang ahli korprat, seorang pakar pemasaran, seorang pembekal barangan elektronik antarabangsa, seorang pegawai IT dan searang pesara dari sebuah syarikat terkemuka (beliau baru sahaja mendapat wang simpanan kerjanya.)

Semasa melintasi ruang udara hutan tersebut cuaca yang tadinya mendung bertukar menjadi semakin buruk hujan dan ribut petir mula terjadi. Sesekali terasa kapal terbang Fokker50 yang gagah itu bergegar. Para penumpang mula berasa cemas dan ada yang mulai berdoa agar selamat dari malapetaka. Cuaca yang semakin menggila itu menyebabkan Juruterbang mengambil keputusan memberi tahu menara kawalan terdekat kemungkinan perkara buruk mungkin akan berlaku kepada mereka.

“Booomm”! tiba-tiba terdengar satu letupan kecil dibahagian belakang kapal terbang. Rupa-rupanya ekor bahagian pesawat Fokker50 itu telah disambar petir ini menyebabkan pesawat tersebut mula bergoyang dengan kuat. Beberapa saat kemudian pintu kokpit terbuka muncul dua orang juruterbang untuk memberitahu perkara sebenar. “tuan-tuan diharap jangan cemas, saya ingin menyampaikan dua berita... pertama berita baik dan kedua berita buruk. Berita buruknya kemungkinan besar pesawat ini akan terhempas di hutan hujan Gondwanan ini, tetapi berita baiknya di dalam pesawat ini terdapat enam beg payung terjun dua daripadanya telah kami ambil”. Sejurus memberi taklimat tersebut dua orang juruterbang itu melompat keluar dari pesawat tersebut bagi menyelamatkan diri mereka.

Tinggal lima orang penumpang yang semakin cemas dan mula kelam kebut. Tiba-tiba dengan pantas seorang ahli koprat mencapai sebuah beg payung terjun, sebelum membuat terjunan dia berkata” sesungguhnya saya orang yang amat penting di syarikat saya, berpuluh tahun saya bertungkus lumus untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan ini, kehadiran saya di dalam mesyuarat di Mackay, Queensland amat dinantikan oleh Gabenor dan pegawai di sana. Maka walaumacamana pun saya mesti selamat.” Lantas dia pun melompat keluar dari pesawat tersebut.

Melihat sahaja ahli korprat tersebut melompat keluar seorang pembekal barangan elektronik antarabangsa juga mengambil tindakan nekad lalu mengambil sebuah lagi beg payung terjun dan terus membuat terjunan. Tinggalah tiga orang penumpang lagi dalam pesawat Fokker50 tersebut sedangkan beg payung terjun hanya tinggal dua sahaja. Dalam keadaan yang sangat cemas itu ditambah lagi dengan gegaran yang semakin kuat pada pesawat, bangun seorang ahli pemasaran dengan tergesa-gesa lalu mencapai sebuah beg dia juga bertekad untuk melompat keluar dari pesawat tersebut untuk menyelamatkan dirinya, sebelum dia melompat keluar dengan pandangan yang sinis kepada dua penumpang lagi dia berkata :

"Syarikat telah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menampung pengajian saya sehingga ke tahap sarjana. Saya merupakan orang penting dalam membawa hala tuju syarikat ke kemuncaknya dan membawa masuk keuntungan yang banyak. Tiada orang yang pandai selain saya di syarikat tersebut.” lalu dengan gembira dia melompat keluar dari pesawat tersebut sambil menjerit “ Kejayaan terus hidup”.

Tinggallah lagi dua orang penumpang yang memandang antara satu sama lain sedangkan beg payung terjun hanya ada satu sahaja lagi. Tiba-tiba orang tua yang baharu sahaja pencen itu bersuara kepada pegawai IT tersebut “ wahai anak muda ambillah payung terjun tersebut dan selamatkanlah diri kamu. Biarlah aku jatuh bersama-sama pesawat ini. Kau masih muda sedangkan aku telah lama dan puas hidup, aku telah mengecapi banyak kebahagiaan di dunia ini, anak-anak ku semuanya telah besar dan semuanya telah berjaya. Sudah sampai masanya aku memberi kesempatan kepada orang yang lebih muda untuk meneruskan kehidupannya”.

Mendengar sahaja kata-kata pesara tersebut pegawai IT tadi tersenyum dengan tenang lalu dia berkata “ Jangan risau pakcik, kita berdua masih boleh menyelamatkan diri. Ahli pemasaran yang mengaku dia pandai tadi sebenarnya tidak mengambil beg payung terjun, tetapi dia terambil beg laptop saya”!

5 ulasan:

  1. Bila berlaku ancaman besar, yang pertama lari adalah kapten dan pembantunya, kedua ahli korporat kaya yang cepat nampak peluang, yang tertinggal adalah orang yang kesian kat orang lain....

    Huh, negaraku, bagaimana jika begitu....

    BalasPadam
  2. cerita ni macam tak berapa logik bukan semua orang tahu menggunakan payung terjun....yang pastinya perlu ada ilmu...

    BalasPadam
  3. ikut sejarah Melayu,yang lari memang kapten dulu..

    BalasPadam
  4. Kiai patut tulih "cerita ini adalah rekaan semata-mata, tak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih mati, atau yang telah hidup"

    BalasPadam
  5. hahaha ini yang seronok kadangkala kita tak sangka respon org bagi pada kita amat berbeza. kerana masing-masing melihat dari sudut dan pandangan yang berbeza ini adalah disebabkan juga dari latarbelakang yang bermacam ragam..heheh memang betol cerita ini adalah rekaan semata-mata dan mungkin menggunakan imaginasi. bagi menghasilkannya..label untuk cerita-cerita begini adalah label motivasi sahaja tak mau komen kisah tersebut saja nak lihat dari pandangan kawan2 pula..memang betol hehe bukan semua org pandai pakai payung terjun. ini hanyalah rekaan semata-mata disebaliknya ada pengajaran..itu yang nak disampaikan huhuhu.

    BalasPadam