13 Februari 2011

Ianya Bermula Di sini......... (1)


Tahun 1992

Malam itu Qin menunggu lagi di depan televisyen. Memang kebiasaannya hari Rabu malam Khamis tepat sahaja pukul 9.00 dia akan melongo menunggu di situ bersama jajan super ring di tangannya, ada drama bersiri kegemarannya yang ingin di tonton. Keris Hitam Bersepuh Emas adalah salah satu siri drama yang amat diminatinya...entah mengapa drama itu sangat menarik perhatiannya, boleh jadi ada sisa-sisa darah pendekar dalam tubuhnya..hahaha..dia sendiri pun tidak tahu....Qin menonton drama tersebut dengan penuh kusyuk bila ada sahaja adengan berlawan mulalah tangannya juga beraksi-aksi seperti dalam drama. Mak ngan bapanya dah masak sangat dengan perangainya dibiarkan sahaja Qin dalam dunia khayalannya. Qin amat teruja apabila Eman Manan pelakon dalam drama tersebut melakukan aksi pecah bunga dirasanya silat melayu begitu indah dan berseni.

Di padang bola semalam, Qin berbincang dengan Bob, Nazri, Nafizi dan Alif di mana mereka boleh belajar silat, kebetulan pula mereka mempunyai minat yang sama. “ Hangpa rasa kat mana kita boleh belajar silat? aku teringin sangat nak belajaq ni” soal Qin kepada kawan-kawannya. “Kalau hangpa semua nak aku boleh cari seorang guru untuk mengajar kita. Aku ada kenal seorang guru silat kat sini, tapi hangpa kena cari tempat la kat mana kita nak berlatih.” balas Bob yang merupakan anak seorang imam di Kampung Sekembang Bunga ini.

“ Tu tak jadi masalah nuuuu..atas bukit depan rumah aku kita bleh main, nanti kita pi pecerah kawasan tu”. sambut Nazri sambil menimang bola dengan kakinya.

Kalau dah macam tu nanti aku pi sembang-sembang ngan guru silat tu kalau dia setuju minggu depan kita bleh berlatih” balas Bob. Qin tersengeh mendengar persetujuan kawan-kawannya, dalam hatinya berbunga harapan nak menjadi seterer Eman Manan...

Dua minggu selepas itu

Malam itu lima orang sahabat berkumpul di atas bukit di hadapan rumah Nazri. hanya bercahayakan lampu pelita yang di pasang petang tadi cahaya kelihatan suram sahaja. Mereka menunggu kedatangan guru silat tersebut. dalam rancak berbual terdengar dari arah depan gelanggang orang memberi salam. mereka serentak membalasnya. rupanya guru yang ditunggu telah tiba.

Usai sahaja memberi sedikit penerangan dan memperkenalkan diri oleh guru tersebut, sesi latihan pun bermula. Latihan malam ini adalah latihan asas menumbuk. mereka di ajar tiga asas cara menumbuk. Yang pertama adalah menumbuk lurus, caranya apabila tangan kanan menumbuk tangan kiri mesti di sisi muka begitu juga teknik menumbuk cangkuk atau cedok salah satu tangan mesti mengawasi muka. Tidak boleh sekali-kali salah satu tangan berada di bawah. Malam itu mereka berlima bermandi peluh dengan latihan tersebut.

hari berganti hari, mereka mula belajar cara menggunakan siku pula Guru Ya yang mengajar mereka menunjukkan tiga cara untuk menggunakn siku. Qin teringat malam pertama ketika Guru Ya memberi penerangan kata Guru tersebut silat ini tak lama dalam tiga bulan sahaja boleh khatam. Yang paling menghairankan dah hampir satu bulan setengah satu cara pecah bungan pun tak di ajar oleh Guru Ya, ini amat menghairankan Qin padahal dia sangat teruja untuk bersilat seperti Eman Manan.

Malam seterusnya...

Malam ini Guru Ya menurunkan teknik menggunkan siku, siku pertama ialah siku tanam pergerakannya dari atas ke bawah.sasaran adalah di bahagian kepala dan muka, teknik siku kedua ialah siku lurus dan gerakan ketiga adalah siku naik, iaitu pergerakan siku dari bawah ke atas sasarannya adalah di kawasan dagu..Qin dan rakannnya mula berlatih hampir setengah jam mereka berlatih. Tiba-tiba Guru Ya bersuara “semua orang berkumpul. Nah ambil ni...”. semua mata memandang tercengang......

1 ulasan: