15 Februari 2011

POLITIK & DOSA PAHALA (2)

Sambungan
Kelantan dan Riba

Satu daripada perkara mungkar yang Tuhan benar-benar marah ialah riba. Kita panggil, orang melayu Kelantan panggil, ‘duit berhasil,’ ‘duit bunga’, ‘interes’. Ini semuanya perkataan-perkataan yang diguna untuk jenis ceti atau orang panggil along. Ceti halal, ceti haram-(ceti haram ialah ceti yang tidak ada lesen). Sudahlah riba itu haram, lesen tak ada pula, orang panggil ceti haram, tapi kerajaan beri lesen, orang panggil ceti halal. Siapa ajar dia begitu, wallahu’alam. Tak tahulah! Jadi, perkara ini (riba), Tuhan marah.

Oleh yang demikian, saya kata dengan sebab kita boleh bentuk kerajaan tahun 90 kerana sepakat undi PAS belaka, maka sah para pengundi tersebut boleh pahala belaka. Kenapa? Kerana kita boleh buang pajak gadai rIba di Kelantan ( dan alihkan akaun Kerajaan Negeri Kelantan dari Bank Riba). Kelantan boleh mengadakan ar-Rahnu (yang tidak lagi menggunakan sistem faedah seperti sebelumnya) selepas menang piliharanraya. Tindakkan itu boleh pahala, kena marah. Sebut macam ini! Kena marah?

Bila kita hendak hapuskan riba (dari akaun kerajaan dan pajak gadai) kita tidak boleh lakukan seorang diri atau sendiri-sendiri. Tidak boleh kerana riba beroperasi dengan lesen yang diluluskan oleh kerajaan. Kerajaan bagi lesen! Jadi nak buang benda ni, kena berkerajaan juga. Kalau Cik Mat buat seorang tidak mampu, kena cari Mat lain berpakat untuk lawan. Kerajaan yang menghalalkan riba tadi perlu ditentang dengan membentuk kerajaan yang boleh mengharamkan riba. Memang kita bentuk kerajaan (melalui pilihanraya) dan kita lawan sekadar mana yang mampu. Bila menang dalam pilihanraya, kita hapusakan unsur riba dan tentulah kita akan dapat pahala, InsyaAllah. Kena marah! Kena Tanya Mufti? Apa hukum orang buat persatuan, orang buat pertubuhan politik dan mengharamkan perkara begini? Dapat pahala atau dapat dosa, kena tanya mufti dulu!?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan