07 Disember 2010

Istighfar Adalah Penenang


Pada suatu hari aku pulang ke rumah setelah melalui hari yang penuh dengan kesulitan dan membuatku tertekan. Aku membuka pintu ternyata isteriku telah menunggu kedatanganku. Raut wajahnya menampakkan kemarahan dan emosi yang memuncak.

Tiba tiba saja dia bertanyakan sesuatu yang membuatku tidak boleh menahan marahdan mengawal emosiku sendiri. Malam bermula tiba sehingga menjelang subuh perselisihan terus berlangsung. Akhirnya isteriku memutuskan untuk pergi meninggalkan rumah dan pulang ke rumah ayahnya. Aku berusaha menahannya tetapi tidak berjaya. Dia pun pergi ke bilik tidur dan mengemas begnya dan bersiap-siap untuk keluar rumah. aku biarkan dia melakukan itu. Akhirnya dia keluar dari rumah. aku tidak tahu dia hendak pergi ke mana. Ini kerana aku juga sedang dalam keadaan marah dan emosi ku tidak terkawal.

Disebelah rumahku ada masjid. waktu itu azan Subuh hampir tiba. aku mula masuk masjid berwudhuk dan bersolat dua rokaat. Setelah azan subuh bergema aku melaksanakan Solat Subuh berjemaah. Setelah itu aku tetap berada di masjid dan mula membaca istighfar memohon keampunan kepada Allah s.w.t. Keadaan itu berlangsung selama sejam. setelah itu aku bangun dan meninggalkan masjid menuju ke rumah. Aku membuka pintu. ternyata isteruku sedang duduk menunggu. Raut wajahnya nampak senyuman yang manis. Dia menyapa ku dengan ucapan salam. serta merta aku bertanya kepadanya : " Bukankah kamu berkeras untuk pergi dari rumah?" Dia menjawab " aku mohon maaf di atas apa yang telah aku lakukan." Dalam hati aku berbisik " Sungguh aneh apa sebenarnya yang terjadi"?

Aku bertanya kepadanya apakah sebenarnya yang membuatnya mengubah keputusan itu. Dia menjawab " Demi Allah aku tidak tahu, akan tetapi sejam yang lalu aku merasakan hatiku begitu damai dan aku mula mengerti sebenarnya akulah yang bersalah. Allah lah yang telah memberi ku petunjuk".
Aku pun teringat bahawa pada saat itu aku sedang duduk memohon keampunan kepada Allah s.w.t. Seketika terlintas dalam ingatanku sabda Nabi s.a.w " Oarng yang memperbanyakkan istighfar Allah s.w.t akan memudahkan segala kesusahannya dan memberi jalan keluar dari segala kesulitannya dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka"
Aku telah membuktikan dengan pengalamanku kebenaran sabda Rasulullah s.a.w itu.

Kisah ini di petik dari Buku Hikmah terapi Istighfar oleh Hasan Bin Ahmad Bin Hassan Hammam di terjemah oleh Mohd Basri bin Yusof.

Kadang-kadamg kita perlu cepat muhasah diri jika ada kesulitan, atau tiba-tiba isteri atau anak-anak kita buat hal....Boleh jadi dosa kita terlalu banyak hari itu. Boleh jadi kita ada buat salah dan terlupa pula nak mohon Ampun dari Allah. malah yang paling sedih bila kita memohon ampun dalam keadaan sombong pula lalu bagaimana...?

akan menyusul lagi kisah-kisah kelebihan istighfar InsyAllah.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan